Friday 1 March 2013

Polis Malaysia Lari Ditembak Tentera Sulu

Penceroboh Sulu siap lepas tembakan bagi amaran kepada tentera Malaysia lagi… askar peninjau tentunya komando polis dilaporkan lari….

UMNO kena ambil iktibar tragedi pencerobohan ni… kerana, tentera Sulu mahu tuntut semula Selatan Sabah sebagai hak mereka walaupun sudah termeterai perjanjian berkaitan penyerahan Sabah kepada Malaysia… Begitulah rakyat Kelantan yang menuntut hak mereka, rakyat Malaysia yang menuntut hak mereka, mahasiswa yang menuntut hak mereka…

Rakyat Malaysia sayangkan Malaysia, kami bukan nak hancurkan Malaysia, kami taknak negara ini dirosakkan oleh sesama kita… Kami cuba bertahan & sabar, kerana kami yakin negara ini masih guna pakai undang-undang… kami cuba elak pergaduhan, kami cuba elak pertikaian…

Matawang kita lemah dan di pariahkan dunia kerana diplomasi buruk dan track record juga buruk sesetengah pemimpin UMNO terhadap diri sendiri mahu pun bangsanya.

Jadi bagaimana mahu memakmurkan nusantara melayu dan terus tinggal dlm kepompong selesa malaya hingga menidakkan kemakmuran serantau dengan kuasa ringgit?

Mahathir kacukan yg bijak itu dan world orangnya mengapa jiwa serantau dan kemelayuannya tidak menonjol dan lebih penat promosi diri membantu Palestine dan Afrika dari membantu nusantara melayu?

Orang besar dan bangsawan hari yg celaru melayunya ini lebih cinta bahasa Reuters Mondo Times dan AFP dari dari Bahasa Suku Suluk atau Tagalog yg berentiti melayu. Sekarang setelah Lahad Datu Sabah diceroboh oleh bangsa melayu serantau sendiri baharu mereka memberi amaran dalam bahasa Suluk agar penceroboh keluar spt lah nusantara ini khusus kepada entitinya sejak sekian lama walhal bangsa melayu nusantara itulah yg lebih harus dilayan dan diutamakan dari parti atau kuasa mereka dan kedaulatan kononnya.

Mengapa Malaysia tidak boleh membanjiri kepulauan melayu yg beribu ribu ini dengan ringgit spt mana contoh Singapura membanjiri wilayah kedaulatan Indonesia Batam Bengkalis?

Sebab mereka bobrok atau bodoh barangkali…

Jiwa melayu samada tiada atau dia merasa diri terlalu world hingga bangsa melayu yg mesti dibela dan dibangkitkan serantau ini terlepas prioritinya.

Sebab itu disebut ‘President is Selected not Elected’…

Mungkin kita sudah salah select pejuang kita yg akhirnya cenderung berjuang untuk keluarga dan kroni sendiri…

Akhir kata kekaguman penulis coreng ini hanya kepada mereka yg membawa semangat khalifah Islam dalam dirinya dan mereka pemegang ideologi khalifah dalam jatidiri melayunya.

Majukan melayu serantau tak perlu perang dan janji gunakan sepenuhnya resources membantu sekarang.

Terimakasih tentera Sulu atas peringatan mu…………..

- malaysianreview.com/


PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP