Sunday 31 March 2013

TERKINI - Peserta Konvoi Anak Muda Tolak BN Ditahan POLIS

SHAH ALAM: Seramai 500 anak muda dan mahasiswa hari ini berkumpul di Dataran Shah Alam untuk menyertai konvoi Gelombang Anak Muda Tolak Umno BN (Tolak) dari Shah Alam melalui Gombak akan terus ke Dengkil.

Di Dengkil, Tolak akan mengedar risalah agenda Tolak kepada seluruh masyarakat di situ.


Tolak juga akan berkumpul di kediaman Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menyerahkan satu memorandum menggesa Perdana Menteri itu membubarkan parlimen.

 

Nasrudin Hassan Presiden GAMIS ditahan selepas memimpin Gerakan Anak Muda Tolak UMNO - TOLAK.

 

Nasrudin Hassan Berkampung di hadapan IPD Putrajaya bersama team konvoi Anak Muda TOLAK UMNO dan BN menanti beberapa orang rakan mereka yang masih dalam tahanan polis sebentar tadi.

Kenapa mereka ditahan sampai sekarang tak dinyatakan langsung oleh KP PAS. Rujuk sini. Mungkin KP PAS pun tengah tunggu info dari PDRM kenapa menahan peserta2 KONVOI ke PUTRAJAYA tu..

Jangan2 ditahan sebab memasuki PUTRAJAYA pasal nak serahkan MEMO.. ?

Adoi.. kalau itu la sebabnya.. memang LAWAK la..

TAKANLAH SERAH MEMO pun salah. Sudah la bukan senang nak jumpa PM.. owhh jangan2 timing tak tepat kot. Korang pergi putrajaya nak serah MEMO.. PM plak bercuti... p makan2 dengan ahli keluarga.. adoiiiyaiii PM pun ada hari cuti oke.. apa korang ingat dia robot ke apa?

Sumber - harakah / amenoworld



Read More...

PANAS - Kerajaan Terengganu Guna Wang Rakyat Bayar Papagomo

KUALA TERENGGANU: Umno negeri Terengganu mempunyai hubungan dengan blogger penjenayah dan pengundi hantu Papagomo serta pernah menggunakan wang kerajaan negeri menjemput beliau pada satu majlis pada hujung Januari, tahun lalu.


Menurut Pengerusi Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI) Terengganu, Dr Azman Ibrahim, seramai 50 orang 'bloggers dan facebookers' pro Umno dari seluruh negara menghabiskan masa selama dua hari menjadi tetamu kerajaan dan disambut oleh pemimpin kerajaan termasuk Menteri Besar Terengganu Dato' Seri Ahmad Said dan Exco kerajaan YB Razif Bin Abdul Rahman.

"Majlis Pemimpin Bersama Bloggers anjuran Kerajaan Umno Terengganu yang diadakan di sebuah hotel di Bandaraya Kuala Terengganu dengan turut sama disertai oleh MB Ahmad Said serta beberapa orang EXCO Kerajaan Negeri,

"Pihak KAMI memandang serius perkara ini terutamanya apabila ada di kalangan blogger yang dijemput adalah blogger pemfitnah seperti Papagomo dan blogger Pas Beruk yang mengesahkan pembabitan kerajaan Umno dengan fitnah dan caci maki,

"Apatah lagi kini telah disahkan oleh PDRM bahawa Papagomo telah ditamatkan perkhidmatan kerana melakukan jenayah dan Pengerusi SPR mengakui bahawa beliau juga adalah seorang pengundi hantu,"ujarnya.

Menurutnya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusoff selaku Pengerusi SPR mengaku wujud dua nama Wan Muhammad Azri Wan Deris (Papagomo) yang memegang kad pengenalan (biasa) 830121-03-5019 dan kad pengenalan (polis) RF142863 yang didaftar dua kali atau dengan lain perkataan mendaftar sebagai 'pengundi hantu' di dalam daftar pengundi.

Manakala susulan penjelasan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Dr Azman berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 28 Mac lalu mengesahkan bekas anggotanya Wan Muhammad Azri Wan Deris, yang popular sebagai penulis blog dengan nama samaran Papagomo, telah dibuang kerja kerana kes jenayah.

"Mortadza menjelaskan, Wan Muhammad Azri telah ditangkap atas satu kesalahan jenayah dan dihadapkan ke mahkamah pada 31 Oktober 2005. dan kemudiannya telah dibuang kerja daripada pasukan polis sejak September 2012.

"Penjelasan polis ini menunjukkan kerajaan Umno Terengganu selama ini telah mempunyai hubungan bekerjasama dengan blogger papagomo yang disahkan melakukan jenayah,"ujarnya dalam satu kenyataan yang dihantar kepada pihak media.

- HarakahDaily



Read More...

Anwar Liwat Lagi.. Kali Ini Dalam Penjara Pula.. Kahkahkah

Bekas pembantu peguam bela Datuk Seri Anwar Ibrahim, Yuktes Vijay berjanji akan mendedahkan identiti pemuda yang disyaki turut menjadi mangsa liwat kepada seorang pemimpin pembangkang.

Beliau berkata, pemuda berkenaan sepatutnya menjadi saksi kes liwat Mohd. Saiful Bukhari Azlan, namun menarik diri pada saat-saat akhir.

Pemuda berusia 20-an itu pernah berada dalam satu penjara dengan pemimpin pembangkang tersebut di Penjara Sungai Buloh.


"Pemuda itu mengaku kepada saya, dia serik dan tidak mahu berjumpa dengan pemimpin itu lagi.

"Dia kelihatan gelisah ketika berbual mengenai pemimpin itu. Dia kata, dia sudah tidak larat untuk bercakap mengenainya," dakwa Yuktes.

Beliau membuat pendedahan tersebut kepada Mingguan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.

Sikap ditunjukkan oleh pemuda itu kata Yuktes, menyebabkannya mengesyaki pemuda tersebut mungkin menjadi mangsa liwat seperti apa yang dialami Mohd. Saiful Bukhari.

Kata Yuktes, beliau akan membuat pendedahan tersebut sekiranya pemimpin pembangkang terbabit terus berbohong kepada rakyat.

"Saya mengenali dan mengetahui identiti pemuda itu kerana dia merupakan salah seorang saksi," ujarnya.

- Mingguan Malaysia



Read More...

Umno Buat Laporan Polis Ceramah Anwar Di Kedah Malam Ini

Sembilan NGO buat laporan polis berhubung ceramah Anwar di Mergong

ALOR SETAR - Sembilan badan bukan kerajaan (NGO) hari ini membuat laporan polis mengenai program ceramah yang dijadual disampaikan Penasihat Parti Keadilan Rakyat(PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim di Taman Wira, Mergong di sini malam ini yang didakwa akan menggangu ketenteraman penduduk.

Laporan itu dibuat Yang Dipertua Pertubuhan Silat Garuda Malaysia, Mansor Ahmad di Ibu Pejabat Polis Kota Setar di sini.


Bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan itu, Mansor berkata ceramah yang dijadualkan pada 10.30 malam ini di padang bola yang terletak berdekatan Kolej Universiti Insaniah (Kuin) itu dibimbangi akan mencetuskan kekecohan.

Wakil penduduk Taman Wira, Mohd Zubir Abd Rahman, 43, berkata penduduk taman menentang keras kehadiran Anwar kerana ceramah boleh menggangu ketenteraman mereka.

"Kedudukan padang bola di tengah-tengah kawasan taman perumahan sudah tentu mengganggu anak-anak yang mengulang kaji pelajaran pada waktu malam untuk menghadapi peperiksaan.

"Kita tahu Anwar bila mai (datang), orang-orang dia agresif...semua penduduk menjadi tidak selesa. Kalau dia nak tawan Putrajaya bukan di sini tempat untuk berceramah," katanya sambil mendakwa ceramah itu tidak mendapat permit.

Antara sembilan NGO itu ialah Badan Generasi Perihatin (BG3R), Pegerakan Pemuda Umno Cawangan Blok B Taman Wira, Skim Rondaan Sukarela Perumahan Awam Mergong dan Perkasa Kota Setar.

- Bernama


Read More...

Lautan Rakyat N. Sembilan Sedia Untuk Tolak BN


Lihat dengan mata kepala sendiri rakaman gambar sebagai saksi bukan sekadar cakap pakai air liur basi.





Bukan niat nak mendabik dada bercakap besar berdegar-degar tetapi sekadar mengajak para pemimpin UMNO dan jua ahli-ahli, penyokong dan pendokongnya sekali buka mata dan kepala seluas-luasnya untuk menerima kenyataan yang UMNO sudah tidak relevan lagi pada bangsa Melayu.

Warga Melayu sudah muak ditipu selalu oleh UMNO.

Ini adalah rakaman gambar Ceramah Jelajah Treler Negara Berkebajikan PAS di DUN Paroi, Seremban, Negeri Sembilan malam tadi 30hb Mac 2013.

Negeri Sembilan sudah memang terkenal dari dulu antara negeri UMNO paling kuat kukuh dan kebal tetapi kini sudah tidak lagi beb!!!!

Tidak terperanjat dan menghairankan jika Negeri Sembilan bakal tumbang ketangan Pakatan Rakyat jika dilihat pada sambutan yang cukup luar biasa malam tadi.

Amat jarang ceramah di Negeri Sembilan diberikan sebegini punya hebat.

Apakah UMNO masih mau berasa selesa sambil bercakap besar kononnya Negeri Sembilan tetap kekal ditangan UMNO sepertimana yang dikatakan oleh Mohamad Hassan?

PRU 13 adalah PRU kebangkitan rakyat....Rakyat terutamanya anak-anak muda mau bangkit melakukan perubahan.



Read More...

Video Samseng Johor Mengamok..


Kumpulan gangster ini berasal dari kampung berdekatan kawasan kejadian. Ramai orang awam diserang . termasuk cybercafe, kedai burger , kedai snooker, dan kawasan sekitar Taman Air Biru, Pasir Gudang, Johor





Read More...

Tak Tiru Bukan Umno Lah...


(Najib bersimpuh di Masjid Sri Petaling)

KUALA LUMPUR: Satu persatu pendekatan dan cara Pakatan Rakyat dan pemimpinnya berkempen ditiru oleh Datuk Seri Najib Razak.


Bukan sembunyi-sembunyi tetapi secara terang-terangan umpama mencuri di siang hari.

Sebelum ini, Najib berjanji memberikan permit teksi kepada individu pemandu teksi selepas buku Jingga Pakatan Rakyat jelas menjanjikan permit teksi individu bukannya syarikat kroni.

Semalam, Najib tanpa segan dan silu membuat perkara yang tidak pernah dibuatnya dalam hidup iaitu memakai kopiah dan pergi menziarahi markas Jamaah Tabligh di Masjid Sri Petaling.

(Gambar fail: Ustaz Hadi menziarahi Jamaah Tabligh 21 Februari lalu)

Padahal semua maklum sebelum ini, Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang meluangkan masa menziarahi pemimpin Jamaah Tabligh di Masjid Sri Petaling itu.

Rakaman gambar Najib Razak selepas menziarahi Masjid Jamek, Sri Petaling semalam, dengan berkopiah dan berkain pelikat kini dijadikan sebagai alat propaganda murahan media milik dan kawalan Umnountuk membuat promosi kononya Najib Razak berjiwa Islamik.

Dari semalam lagi stesen-stesen TV terutamanya TV3 dan RTM asyik saja berulang lagi menanyangkan wajah Najib sedemikian rupa.

Tujuannya tidak lain tidak bukan sebagai alat mengemis undi dari warga Melayu/Islam dinegara ini pada PRU 13 nanti.

Adalah dipercayai bukan itu sahaja yang akan ditiru oleh Najib. Harakahdaily dimaklumkan, Najib akan mempastikan segala janji utama Pakatan akan dilaksanakan sebelum pilihan raya ini.

Ini bertujuan untuk membolehkan dia berkata, buat apa undi Pakatan, segala janji mereka sudah dibuat oleh BN.

Antara perkara yang menjadi sasaran adalah menggantikan PTPTN dengan biasiswa dan penurunan harga kereta.

Ini kerana Najib sedar dua perkara ini menjadi tarikan utama pengundi muda yang bakal menentukan hala tuju pilihan raya kali ini.

21 peratus pengundi dalam pilihan raya kali ini adalah pengundi pertama kali, yang tertinggi pernah dicatatkan oleh sejarah pilihan raya kali ini. -Hrkh


Read More...

Panas !!! Debat Penyokong Pas VS Adun Umno

Debat secara spontan antara Ahli Pas dan Adun Umno Hulu Besut YB Nawi Mohamad di Majlis anjuran Umno di Pejabat Penyelaras Dun Hulu Besut.Empat orang ahli dan Penyokong Pas dijemput hadir dimajlis Umno itu untuk menyaksikan tayangan video berkaitan Amanat Hj Hadi dan ucapan Tok Guru Nik Aziz berkaitan BR1M.Mereka dengan beraninya bangun mempertahankan Pas didepan puluhan penyokong Umno yang berada di majlis ini.



Read More...

Notis huru-hara PRU fitnah Umno mahu burukkan PKR

SHAH ALAM - PKR menyifatkan penyebaran notis kononnya parti itu merancang kekecohan di tempat mengundi pada hari mengundi sebagai hanya "permainan budak-budak menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mendakwa notis itu adalah muslihat Umno untuk memburukkan imej PKR seolah-olah parti itu menaja kekecohan.


"Ini satu lagi perang psikologi yang dimainkan Umno terhadap PKR dengan menyebarkan fitnah seperti ini. Mereka ada dua cara untuk serang PKR, dengan menyebarkan gambar-gambar lucah pemimpin PKR dan kononnya akan ada huru-hara untuk menakutkan rakyat.

"Saya rasa lawak dan nak gelak bila ada cerita ini, macam permainan budak-budak," katanya.

Sebelum ini, terdapat satu notis bertarikh 15 Disember 2012 tersebar dengan logo PKR sebagai kepala surat.

Terdapat dua peringkat arahan pada notis itu. Di peringkat pertama, orang awam diminta membuat kecoh di kawasan mengundi bagi membangkitkan kemarahan orang ramai dan menunjukkan kelemahan pada pengurusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Di peringkat kedua, arahan untuk kumpulan media atas talian menggunakan saluran media baru seperti membina Twitter khas dengan hashtag #SPRJahat, #SPRTipu, #BersihPRU13, #NajibTipuPRU dan #BangkitRakyat.

Mengulas mengenai kandungan surat itu, Rafizi menafikan ia daripada pihaknya.

-sinarharian


Read More...

Saturday 30 March 2013

Mukhriz 'Tendang' Ahmad Bashah..

Calon BN Kedah pada pilihan raya umum akan datang belum dimuktamad namun mereka yang boleh menang sahaja yang akan dipilih, kata Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Mukhriz Tun Mahathir.

Beliau berkata Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak masih mahu melihat pandangan beberapa pihak lain sebelum memuktamad senarai calon walaupun keutamaan adalah senarai yang dikemukakan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah.


"Dalam pertemuan dengan Perdana Menteri semalam, beliau meletakkan calon mesti boleh menang sebagai kriteria utama untuk dipilih," kata Mukhriz kepada pemberita di Jerlun hari ini.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyaksikan penyerahan perjanjian kolaborasi antara Malaysia Automotive Institute dengan Institut Latihan Perindustrian Jitra dan Politeknik Sultan Abdul Halim.

Beliau berkata perbincangan dengan Najib turut menyentuh usaha menawan kawasan kuat pembangkang.

Katanya calon yang bakal ditampilkan kali ini melalui proses tapisan ketat termasuk oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah dan dari segi kesihatan.

Terdapat keseimbangan antara calon lama dan baru yang pertama kali dipilih bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri dan Parlimen, tambahnya.

Mengenai komen Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak bahawa bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tidak lagi berpengaruh kerana kerap turun berjumpa rakyat, Mukhriz berkata beliau tidak perlu risau dengan komen itu yang membawa maksud Azizan merasa tergugat dengan keadaan demikian.

- Bernama



Read More...

NGO India mahu 'langgar' Zul Noordin

Selepas didedahkan PKR semalam, sekumpulan aktivis NGO India terus membuat laporan polis terhadap anggota parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin atas dakwaan menghina agama Hindu.

Setiausaha Agung Persatuan Progresif India Malaysia (Mipas) S Baradidathan membuat laporan itu di Petaling Jaya tengah hari semalam.


Baradidathan menyifatkan, kenyataan Zulkifli, yang rakaman videonya boleh ditonton di Youtube sebagai penghinaan amat besar dan hasutan yang boleh menjejaskan ketenteraman awam.

"Kami memohon supaya siasatan dan tindakan terhadap yagn berhormat ahli parlimen bebas Kulim-Bandar Baharu dimulakan dengan segera," laporan polis yang salinannya dihantar kepada pihak media itu dipetik.

Sementara itu, Mipas juga memberikan 48 jam, bermula semalam kepada Zulkifli untuk memohon maaf secara terbuka kepada masyarakat Hindu atau bakal berdepan bantahan besar-besaran di seluruh negara.

Naib Presiden PKR N Surendran semalam mendesak Zulkifli yang juga naib presiden kumpulan pendesak Melayu PERKASA disiasat bawah Kanun Keseksaan ekoran kenyataannya itu.

Dalam video itu Zulkifli kelihatan seperti menyampaikan ceramah agama di surau dan menceritakan perbualannya dengan seorang penjual berhala Hindu berhampiran di Kuala Lumpur yang kedainya baru dilanda banjir.

Perbualan itu antaranya memuatkan persoalan sekitar kenapa tuhan di kedai itu tidak menahan air daripada memasuki kedainya itu.

Malaysiakini semalam cuba menghubungi Zulkifli bagi mendapat komennya tetapi tidak berjaya.



Read More...

Tidak siar mohon maaaf: Ahmad Said hina mahkamah

SHAH ALAM: Peguam Negara, SPRM dan bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan disifatkan sebagai menghina mahkamah apabila tidak menyiarkan permohonan maaf kepada Menteri Besar Selangor,Tan Sri Khalid Ibrahim dalam dua akhbar harian.

"Saya amat kesal kerana bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Ahmad Said Hamdan dan Kerajaan Malaysia sanggup menghina mahkamah apabila gagal, enggan dan ingkar perintah mahkamah yang dimeterai secara persetujuan pada 19 Mac lalu," kata Khalid dalam kenyataannya hari ini.


Antara terma persetujuan yang direkodkan di hadapan hakim Yang Arif Datuk Lau Bee Lian ialah Ahmad Said melafazkan permohonan maaf di mahkamah terbuka dan menyiarkan permohonan maaf tersebut di muka depan dua akhbar harian berbahasa Inggeris, New Straits Times dan The Star dalam tempoh empat (4) hari dari tarikh tersebut.

Walaubagaimanapun, Ahmad Said, SPRM dan Kerajaan Malaysia bersikap liar dan tidak bertanggungjawab apabila dengan sengaja tidak menunaikan perintah tersebut dalam tempoh empat hari seperti yang diarahkan mahkamah.

"Mereka sehingga hari ini masih gagal melaksanakannya walaupun peguam saya telah menuntut defendan berbuat demikian," kata Khalid dalam kenyataan medianya hari ini.

Pada 19 Mac lalu mahkamah merekodkan permohonan maaf dari Ahmad Said.

“Saya, Datuk Seri Panglima Ahmad Said bin Hamdan (gambar), dengan ikhlas memohon maaf kepada Tan Sri Abdul Khalid bin Ibrahim, atas kenyataan saya pada 21 Februari 2009, yang disiarkan di media,” katanya membaca kenyataan maaf yang dipersetujui kedua-dua pihak.

“Kenyataan yang dilakukan saya ketika itu sebagai ketua SPRM, dan ini adalah respon kepada soalan apabila ditanya oleh media mengenai siasatan SPRM ke atas Abdul Khalid,” katanya lagi.

“Saya membuat kenyataan tersebut tanpa niat jahat untuk memburukkan reputasi, imej dan intergriti plaintif.”

Dua defendan dalam kes tersebut, iaitu kerajaan persekutuan dan Ahmad Said, bersetuju permohonan maaf akan disiarkan di akhbar the New Straits Times di muka hadapan dan The Star dalam masa empat hari.

Khalid juga memperolehi kembali kos RM10,000 dari defendan.

Bagi Khalid, Ahmad Said, SPRM dan Kerajaan Malaysia secara terang-terangan telah menghina mahkamah kerana dengan sengaja tidak mematuhi dan menghormati perintah mahkamah.

"Sikap melampau kedua-dua defendan ini bertujuan menghina saya secara berterusan selaku mangsa kepada kata-kata berunsur fitnah," katanya.

Tindakan defendan ini, katanya, selari dengan sikap kerajaan Umno-BN yang telah memperkotak-katikkan badan kehakiman Malaysia.

Mengingkari perintah mahkamah dilakukan tanpa sedikit pun rasa kesal kerana beranggapan kedudukan mereka mengatasi undang-undang di negara ini, getusnya.

"Sehubungan itu, saya telah mengarahkan peguam, Sankara Nair untuk memulakan satu prosiding penghinaan mahkamah terhadap Ahmad Said, SPRM dan Kerajaan Malaysia serta apa-apa tindakan yang difikirkan sesuai dan setimpal dengan penghinaan yang dilakukan pihak defendan," kata Khalid.


Read More...

Tiada tindakan terhadap Zul Noordin ‘kerana dia seorang Muslim’,’ kata presiden Hindu Sangam

KUALA LUMPUR, 29 Mac – Badan yang memayungi pertubuhan penganut agama Hindu mengatakan hari ini mereka pernah mengadu tentang penghinaan terhadap agama Hindu dibuat oleh Datuk Zulkifli Noordin , akan tetapi tiada tindakan diambil “kerana beliau adalah seorang Muslim.”

Hindu Sangam memberitahu hari ini video mengenai kenyataan Zulkifli yang dikatakan pembangkang sebagai satu serangan terhadap agama Hindu, telah mula keluar pada tahun 2001.


“Pada ketika itu kami telah memberitahu kerajaan, tetapi mereka enggan mengambil tindakan kerana beliau adalah Muslim dan naib presiden Perkasa,” kata Presiden Hindu Sangam Datuk R S Mohan kepada The Malaysian Insider hari ini.

“Beliau sebenarnya mengutuk agama Hindu. Kami mahu kerajaan melihat tentang ini sekali lagi,” katanya. - TT





Read More...

BN Tak Sekuat Mana - Mahathir

ALOR SETAR - Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata,Barisan Nasional (BN) akan mencapai keputusan baik pada pilihan raya umum ke-13 (PRU 13), walaupun ia dilihat tidak kuat seperti yang diharapkan.

BN kini cuba pulih daripada 'tsunami' pilihan raya umum 2008 katanya sambil menambah, bukan mudah untuk kembali setelah mengalami kekalahan banyak kerusi dan negeri pada pilihan raya umum lalu.


"Buat kali pertama, BN tidak sekuat sebagaimana sepatutnya. BN akan mencapai keputusan baik (dalam pilihan raya umum ke-13) namun persoalannya berapa banyakkah kerusi yang akan dimenangi mereka," katanya kepada pemberita selepas Majlis Sepetang Bersama Tun Dr Mahathir di Dewan Konvokesyen Universiti Antarabangsa Al-Bukhary di sini hari ini.

Katanya PRU 13 merupakan pilihan raya yang penting kerana pihak pembangkang telah melakukan usaha bersungguh-sungguh untuk menjatuhkan kerajaan.

"Pembangkang telah bersatu supaya mereka boleh mencabar BN ... tetapi mereka bersatu bukan sebagai gabungan tetapi, hanya 'pakatan'. Mereka juga tidak mempunyai satu pun simbol atau mempunyai agenda khusus. saya rasa rakyat akan dapat membuat pilihan yang baik," katanya.

Terdahulu dalam ucapanya, Dr Mahathir berkata, rakyat perlu menilai kembali nikmat yang mereka kecapi ketika ini dan tidak terlalu termakan hasutan pihak tertentu untuk menjatuhkan kerajaan sedia ada, pada PRU13.

Katanya, tidak sepatutnya berlaku rakyat mahu menukar kerajaan pada ketika mereka menerima pelbagai faedah tetapi mengungkit apa yang mereka tidak peroleh.

"Kita suka cari kesalahan di sana sini. Ada orang tak hargai segala yang diterima. Ungkit konon negara tak bebas, kerajaan zalim...tekan rakyat, tak beri kebebasan, sedangkan kita terima macam-macam.

"Bukan ada sebab pun nak tukar kerajaan, nak tukar hanya atas sebab kebencian. Kena fikir baik-baik, utamakan orang yang berbakti, bukan kepada orang yang langsung tak boleh diterima. Kalau dia boleh jadi pemimpin buat apa tukar,"

Merujuk Kedah sekarang yang tidak mempunyai pemerintahan yang cekap, beliau berkata banyak pembangunan yang dinikmati Kedah adalah daripada kerajaan pusat dan orang yang mendapat kekayaan adalah kerana dasar kerajaan pusat.

"Kena tentukan siapa boleh siapa tak boleh (jadi kerajaan). Nak ada kerajaan yang berwibawa. Kalau tak, kita jadi mangsa. Janganlah mengundi kerana marah," katanya.

- Bernama



Read More...

Ibu Pejabat PKR Diserang Samseng Umno Selangor




Read More...

Friday 29 March 2013

Video Panas Zul Kulim Hina Agama Hindu



Zulkifli Nordin has spoken ;

Kalau tuan2 tanya orang hindu.. eh ane.. betul2 cerita you sembah sapa.. [2x] ini tuhan kepala gajah ka.. ini murugan tongkat sampai 14 tingkat punya .. betul2 cerita you sembah sapa.. dia akan kata apa..?

Baru ni berlaku banjir besar di kolumpo.. baru ni.. di pertengahan jalan antara wisma yakin dengan maideen ada kawasan jual bunga malai hindu punya bunga yang hari jumaat dia nak beli nak pakai sembahyang tu. Di situ ada kedai2 yang menjual peralatan peribadatan hindu. Antaranya kedai jual tuhan hindu. Tuhan gajah tuhan murugan pegang tongkat macam batu caves tu. Tuhan kepala kudanya. Lembu saktinya. 8 tangannya. Ada yang dibuat dari kayu. Ada yang dibuat dari batu. Dari marmar. Dibuat dari marble. Dibuat dari tembaga pun ada.

Yang canggih yang tinggi sikit tu.. yang ada lampu tu. Mata. Benda tu ada lampu. Hah macam lampu kamera ni. Merah lip lip lip lip. Yang tu sampai rm900 ringgit pun ada. Mahal.

Nak jadi cerita banjir baru ni. Teruk. Air naik sampai 4 kaki. 4 kaki bukan kat bawah basement wisma yakin. 4 kaki dekat Selangor Mansion tu. Selangor Mansion tu lif dia tenggelam. Cuba bayangkan. Selangor Mansion tu lif tenggelam. Orang yang meniaga kat depan bazaar tu. Masjid India yang air selalu cecah kat tangga nu tempat wudhu dia pun tenggelam. Wisma Yakin tempat orang yang jual baju melayu yang tinggi tu air naik satu kaki. Lif Wisma Yakin pun tenggelam. So bayang punya tinggi air.

Tambahla kedai hindu ni lagila tenggelam pasal dia dekat bawah. Jadi dah lama lepas banjir tu pun saya tanya. Kan dorang tengah jual longgok2 semua. Kita pun tanya.

"Ane.. apa macam itu ari banjir ? You punya kedai ane.. ?

" Habis semua .. "

" Habis semua? "

" Habisssss "

" Semua habis hancur patah habis semua habis.. "

Saya kata semua ka?

" Semua "

Sama tuhan pun kena ka?

Tuhan pun kena dia kata.

Tuhan pun kena. Hah tuhan pun kena.. apa macam tuhan boleh kena. Eh ane itu tuhan patut dia tuhan tau. Apa pasal ane takde atur ane punya tuhan depan kedai kata ohh woooww air stop. Pergi itu amna kedai mamak sana kasi banjir. Ini tuhan punya kedai. Apa pasal takde bikin itu macam. Suruh itu tuhan. Tuhan patut mau tolong kita. Kalau tuhan air pun tak boleh tahan. Apa lagi dia boleh buat.. air pun tak boleh tahan ka.. suruh dia tahan la itu air. Dia kata apa kat saya?

Hey dei tambi.. mana boleh. Itu batu la.

Dia pun tahu. Dia marah kita pula. Hey dei tambi. Itu batu la. MARAH. Sampai terpaksa jual longgok tuan2. Tuhan dia tu yang patah2, yang pecah2 kena jual longgok. Yang mahal rm900 ada lampu tu jadi rm60. Jadi RM90. Tanya la dia..

Hey ane apa pasal ini. Banyak mahal ada lampu punya. Jadi RM90 saja?

Dia bateri sudah habis. Dia punya wayar sudah shot. Tuhan punya wayar pun shot. Berebut hindu beli tuhan. Yang gajah tu. Yang ada belalai. Dia patah kan. Berebut beli. Murah. Kita punya tanya.

" Aci apa pasal beli ini tuhan? Ini tuhan gajah dia punya belalai sudah patah. "


'' Takpa. Balik kita taruk plaster. "

Tuhan dia boh plaster. Last2 dia pun. Dia pun tahudia pun tahu bodoh ye tak. Last2 kita tanya dia. Ane aci betul2 cerita. You sembah apa tuhan? You betul2 cerita you sembah apa tuhan? Ini tuhan sudah patah pecah banjir air pun tak boleh tahan.

" Kita sebenarnya ada besar punya tuhan. Kita ada besar punya tuhan. "

" Apa pasal takda sembah itu besar punya tuhan? Apa pasal pakai ini kicik2 gajah kuda ular semua? "

Ohh dia kata kita takda suci. Hindu kepercayaan central mereka dia, kita manusia tak suci. Sebab tu semua kepercayaan hindu mesti kepada kesucian. Dia nak mandi, dia mandi sungai ganga. Sungai ganga kat india tu. Tuan2 pernah pergi sungai ganga? Saya pernah pergi sungai ganga. Nak kata suci macam mana. Bangkai ayam dok berjalan. Dengan kayu balak kecik2 tu pun timbul. Dia macam mana kata suci. Dia kata suci lantak ko la.

Sebab itu Hindu bila dia Thaipussam... vel vel vel tu kan. Awal2 dah minta neraka wel. Dia minta neraka wel. Wel wel wel wel wel wel.. Bila dia buat tu kenapa dia pecahkan kelapa? Kenapa hindu tak pecahkan buah betik ke? Buah tembikai ke. Ni musim durian kan. Awat tak pecahkan buah durian pap pap.. rasa melayu pun rebut pergi.

http://stoniac.blogspot.com/2013/03/clip-shows-umno-backed-mp-insulting.html


Read More...

Anak Muda Sarawak.. Buka Mata Anda..!



Bukalah mata wahai anak muda sarawak.mungkin ramai yg tidak tahu kisah Bakong dimana peribumi Sarawak mpertahankan tanah mereka dari drampas kerajaan.apa yg anda baca adalah sebuah kisah lebih 10 tahun dhulu yg tidak pernah mndapat liputan dn hanya penduduk setempat sahaja tahu.

December 18 1997,sebuah lori penuh dgn polis yg bsenjatakan pisto M16 rifles smpai ke sebuah rumah panjang,penduduk tiada bsenjatakan apa2 dn cuma hanya mempertahankan tanah adat mereka dgn ritual"miring",tanpa warning seorg ibu iban iaitu Enyang ak Gendang dtembak oleh koperal Hussaini Bin Sulong di kepala,wanita tersebut koma.sebilangan lagi pnduduk rumah panjang dpukul dgn belatan,dsepak dn dtangkap.
5 hari slepas itu pada disember 24.

Enyang ak Gendang yg koma mninggal dunia dn post-mortem disahkan peluru didalam kepala(tiada keluar dimana2 akhbat atau TV).

Pada 2000,mereka(iban)mngambil tindakan sivil thadap koperal Hussaini Bin Sulong dn superior serta kerajaan Malaysia,kes shingga 2003.

Pada tahun 2010,ia telah mengumumkan bahwa kes itu akhirnya akn pergi ke mahkamah,keadilan akhirnya dhidangkan..bagi kebanyakan orang,kes itu adalah bukti kukuh bahawa pihak berkuasa tidak neutral dlm konflik antara syarikat2 kelapa sawit dn rakyat.

Kes mahkamah terus terkumpul dn konflik terus,ia akan kelihatan seolah-olah sedikit telah berubah dari segi pelanggaran hak-hak kita.tetapi kita harus tidak lupa Eyang ak Gendang,Ndukmit Egot dn Andop Banggau dn rumah mereka yg telah memberi kekuatan dn keazaman mereka utk mempertahankan serta melindungi tanah dn warisan mereka.

Adakah Kerajaan Malaysia inginkan melihat kembali kebangkitan Tradisi Dayak memburu kepala muncul lagi di Bumi Sarawak??


- facebook



Read More...

Faktor Mahathir Tak Halang PAS Kekal Kuasai Kedah

ALOR SETAR, 29 Mac — Datuk Seri Azizan Razak yakin Pakatan Rakyat (PR) dapat mempertahankan Kedah dalam Pilihan Raya 2013, walaupun pengaruh besar Tun Dr Mahathir Mohamad dan terdapat perpecahan dalaman PAS di negeri jelapang padi itu.

Bekas perdana menteri yang memerintah negara selama 22 tahun itu dilihat bergiat aktif berkempen membantu Barisan Nasional (BN) untuk menang dalam pilihan raya akan datang termasuk bagi merampas semula negeri Kedah dan terdapat khabar angin tentang kemungkinan BN akan meletakkan anak lelaki Dr Mahathir, Datuk Mukhriz Mahathir, sebagai calon menteri besar.


“Ingatan saya sepanjang menjadi Pesuruhjaya PAS Kedah, tiada langsung impak Mahathir ini,” kata Datuk Seri Azizan Abdul Razak dalam satu wawancara eksklusif bersama The Malaysian Insider minggu lalu.

“Sebab orang marah kepada dia ... Mahathir, dia punya ‘time is over’. Dah lepas. Saya tau, saya ketua Kedah,” tambah beliau lagi.

Azizan walau bagaimanapun tidak gentar jika BN Kedah meletakkan timbalan menteri perdagangan antarabangsa dan industri itu sebagai calon menteri besar.

“Tak dak apa-apalah Mukhriz ni. Dia buat kerja dia, saya buat kerja saya. Benda ni macam you naik kapal dalam laut, kadang ombak besar, kadang ombak kecik, biasalah,” tambah beliau.

Azizan juga tidak menganggap isu perpecahan dalaman PAS diantara kumpulannya dan kumpulan Datuk Ir Phahrolrazi Mohd Zawawi, Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Kedah, sebagai satu masalah besar yang akan menjejaskan parti tersebut.

“Semua parti ada perpecahan, Umno yang berpecah teruk sekarang ini. Berebut nak jadi MB... Kedah ni samalah, mereka cuba buat cerita,” kata Azizan.

Sebelum ini, media melaporkan timbul kemarahan bagi sesetengah pihak dalam parti tersebut kerana dikatakan PAS Kedah menghantar senarai calon baru ke Ibu Pejabat parti di Kuala Lumpur dengan mengetepikan calon-calon yang dilihat menentang Azizan termasuk mereka yang mahu menjatuhkan beliau sebagai menteri besar.

Antara yang dikatakan bakal ditukar adalah Phahrolrazi yang juga merupakan Exco kerajaan negeri, Datuk Dr Ismail Salleh (Exco); Datuk Dr Hamdan Mohamed Khalib (Exco) dan Datuk Dr Mohd Hayati Othman (Ahli Parlimen Pendang).

”The Malaysian Insider difahamkan Phahrolrazi akan ditukarkan dari kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kundor ke kerusi Parlimen Jerlun, manakala Ismail dan Hamdan akan digugurkan, termasuk Mohd Hayati kerana memberi laluan kepada Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, untuk bertanding di kerusi parlimen Pendang.

Apabila ditanya kepada Azizan mengenai perkara ini, dengan bersahaja beliau menjawab: “Saya pun tidak tahu lagi, esok panel pencalonan akan keluar dari PAS Pusat,” katanya merujuk kepada senarai calon yang akan dikeluarkan oleh Ibu Pejabat PAS tidak lama lagi.

Sepanjang lima tahun mentadbir negeri Kedah selepas 8 Mac 2008, terdapat beberapa perkara yang dilakukan oleh kerajaan pentadbiran Azizan yang beliau dirasakan akan menjadi sebab rakyat akan terus menyokong PR untuk mentadbir negeri tersebut.

“Bersih rasuah. Rasuah tak ada di Kedah, kalau ada tangkaplah. Saya bagi bantuan kepada rakyat tanpa mengira kaum, saya menggunakan sistem ‘Kifaalah’... semua orang mati, Melayu, Cina, India semua dapat,” kata beliau yang juga merupakan ADUN Sungai Limau itu.

Sistem Kifaalah merupakan skim insuran warga emas diperkenalkan untuk memberi perlindungan insuran kepada seluruh warga emas di negeri Kedah tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik. Sistem ini dimulakan oleh kerajaan negeri PAS di Kelantan.

“Saya bagi pendidikan, bantuan pendidikan … kemudiaan saya perkenalkan agenda pertanian Kedah.”

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sekali lagi mengulangi pendiriannya baru-baru ini Azizan akan terus memimpin PAS Kedah sebagai Pesuruhjaya dan tidak ada sebarang pertukaran untuk menghadapi Pilihan Raya 2013.

“Semua pimpinan PAS negeri termasuk dewan diminta menumpukan kerja dalam menghadapi PRU13 yang bakal dihadapi dalam waktu terdekat ini,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan Setiausaha Politiknya pada 24 Mac lepas.

Pilihan raya umum (PRU) ke 13 dijangka akan diadakan tidak lama lagi dan bila-bila masa dari sekarang, dengan DUN Negeri Sembilan sudah terbubar secara automatik Rabu lepas.

Dalam Pilihan Raya 2008, gabungan PKR, PAS dan DAP berjaya menafikan majoriti tradisi dua pertiga BN di parlimen dan menang di negeri Selangor, Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan. Perak walau bagaimanapun, kembali semula ketangan BN selepas tiga ADUN PR berpaling tadah.


Read More...

Foto Mesra Papagomo Bersama Ketua Polis Negara


Mau mnggelupr dan bebuih dia nk jawab nihh kehh..kehh..kehhh

Beberapa soalan yang perlu dijawab oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar...


1: Apakah Tuan kenal individu yang bergambar dengan Tuan dalam gambar ini..?

2: Apakah Tuan tahu individu yang bergambar dengan Tuan ini ialah Wan Muhammad Azri Wan Deris@Papagomo..?

3: Adakah Tuan tahu bahawa Wan Muhammad Azri Wan Deris@Papagomo ialah Bekas Anggota Polis yang telah dibuang kerja kerana kesalahan Rasuah..?

4: Benarkah gambar ini diambil di Kediaman Tuan..?

5: Apakah hubungan Tuan dengan Wan Muhammad Azri Wan Deris@Papagomo..?

6: Adakah hubungan istimewa Tuan dengan Wan Muhammad Azri Wan Deris@Papagomo menjadi sebab utama mengapa Wan Muhammad Azri Wan Deris@Papagomo tidak pernah dikenakan sebarang Tindakan atau Pertuduhan walaupun berkali2 mengeluarkan artikel lucah dalam blog beliau..?

7: Adakah Tuan pernah menerima Arahan dari mana2 Pihak Pimpinan Tertinggi Negara supaya mengabaikan semua Laporan yang dibuat oleh pelbagai Pihak keatas Wan Muhammad Azri Wan Deris@Papagomo atas Pelbagai pertuduhan..?

Mohon jawapan Brooo...!!!

#Kamceng hangpa berdua nooo.....

Dipetik dari sini



Read More...

Thursday 28 March 2013

Foto Panas Pemimpin PKR Kedah Lakukan Seks Maya Tersebar








Selanjutnya di sini



Read More...

Kapal Selam Kalau Tak Boleh Selam, Baik Buat Reban..


Read More...

Polis Sahkan Papagomo Penjenayah

Papagomo pernah disabit kesalahan jenayah - Polis

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengesahkan bahawa Wan Muhammad Azri Wan Deris yang dikenali sebagai penulis blog Papagomo, adalah bekas anggotanya yang pernah disabit kesalahan jenayah.

Dalam satu kenyataan hari ini, Pengarah pengurusan PDRM Datuk Mortadza Nazarene berkata, ekoran keputusan mahkamah itu, Papagomo yang berpangkat konstabel itu telah dibuang kerja daripada pasukan itu sejak September 2012 dan tidak lagi tersenarai sebagai pengundi polis.


“Pada 6 September 2012, anggota ini disabitkan salah dan dijatuhkan hukuman. Seterusnya prosiding tatatertib PDRM terhadapnya telah dibuat dan anggota ini dibuang kerja berkuatkuasa 6 September tahun lalu.

“Sehubungan itu, anggota ini tidak lagi tersenarai dalam rekod PDRM sebagai pengundi pos,” kata Mortadza dalam kenyataan itu.

Beliau berkata demikian dipercayai mengulas beberapa pendedahan sebelum yang mendakwa Papagomo mempunyai dua rekod daftar pemilih iaitu sebagai pengundi awam dan satu lagi pengundi pos.

Kedua-dua rekod daftar itu diperolehi dari sisterm semakan online Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Bagaimanapun, selepas pendedahan itu dibuat, rekod Wan Muhammad Azri sebagai pengundi pos dilaporkan telah dipadam.

Sebelum ini juga, carian dalam rekod Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapati Wan Muhammad Azri tersenarai sebagai pesalah rasuah.

Beliau pernah sabit kesalahan meminta suapan RM1,000 dari seorang lelaki pada 29 Nov 2004 untuk tidak mengambil tindakan undang-undang atas kesalahan memiliki jarum suntikan bagi menagih dadah.

Nama Papagomo kembali mendapat tempat dalam pentas politik negara apabila disaman RM100 juta oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim ekoran dakwaan menyebarkan gambar dan kenyataan fitnah terhadap Ketua Pembangkang itu di internet.

- Harakahdaily



Read More...

Jom Layan Video Seks Rafizi Ramli..



Read More...

TERKINI - 30 polis dan JPJ tahan treler PAS

IPOH: Lebih 30 anggota polis, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis Cawangan Khas mengepung treler Negara Berkebajikan PAS dekat sini sebaik saja keluar dari lebuhraya.

Konvoi jelajah Negara Berkebajikan PAS ditahan oleh pihak polis ketika dalam perjalanan ke tapak program di Pengkalan Pegoh.


Pihak polis menahan konvoi jelajah di Taman Pinji Perdana setelah mengejar konvoi tersebut selepas melalui sekatan yang dilakukan oleh pihak berkua

Ketika ditanya tentang penahanan tersebut sehingga pihak polis terpaksa mengejar treler jelajah itu, mereka hanya menjalankan tugas mengikut arahan dikeluarkan.

Lebih kurang lima buah kereta peronda, empat buah motosikal berkuasa tinggi berada di tempat di mana konvoi tersebut ditahan.

Walaupun treler tersebut ditahan oleh pihak polis, namun pemeriksaan dilakukan oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Konvoi jelajah yang ditahan hampir sejam itu dilepaskan setelah pihak JPJ membuat pemeriksaan dan mengambil segala maklumat dari rombongan konvoi.

Peguam PAS, Haji Asmuni Awi antara yang berunding dengan mereka bagi membolehkan perjalanan ke destinasi diteruskan.

Program yang pada awalnya dilakukan di Seksyen 18 terpaksa diubah ke tapak pasar malam Kampung Pengkalan Pegoh.

Pemindahan lokasi terpaksa diubah apabila pihak penganjur mengatakan terdapat ramai anggota FRU dan polis berada di kawasan berkenaan.







Read More...

Khalid Samad Sedia Hadapi Hasan Jati

SHAH ALAM: Timbalan Pesuruhjaya III PAS Selangor, Khalid Samad mengalu-alukan bekas Exco Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali untuk bertanding merebut kerusi Parlimen Shah Alam pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) akan datang sekiranya beliau yakin mampu mendapat sokongan pengundi.

Malah katanya, keputusan sama ada Hasan yang juga bekas Pesuruhjaya PAS Selangor untuk bertanding di kerusi berkenaan atau tidak juga boleh menjadi kayu ukur bagi membuktikan kekuatan sokongan yang diuarkan-uarkannya sebelum ini.


"Kalau beliau kuat datanglah (bertanding) di Shah Alam. Itu hak beliau untuk bertanding di mana sekalipun," katanya kepada mStar Online di sini, Khamis.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai kenyataan Hasan yang mendakwa menerima saranan daripada pelbagai pihak termasuk di kalangan ulama PAS agar bertanding di kerusi Parlimen Shah Alam.

Bagaimanapun Hasan yang kini Presiden Pertubuhan Jalur Tiga (Jati) berkata beliau masih belum membuat keputusan untuk bertanding pada PRU akan datang ataupun tidak termasuk status kedudukannya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Gombak Setia yang dimenanginya pada pilihan raya umum 2008.

Mengulas lanjut, Khalid bagaimanapun sangsi dengan hasrat Hasan untuk bertanding di Shah Alam terutama sekali berhubung parti yang akan diwakilinya nanti.

"Saya pun tak tahu beliau nak bertanding wakili parti mana. Adakah BN (Barisan Nasional) nak bagi peluang kepadanya? Saya rasa beliau kena tanya Ketua Umno Bahagian Shah Alam dahulu untuk mendapatkan restu.

"Ataupun beliau nak bertanding atas tiket bebas dengan tujuan memecah undi supaya PAS kalah? Itu saya tak pasti...kita juga nak tahu ahli PAS mana yang masih sokong beliau seperti yang selalu didakwanya itu," katanya.

Pada PRU 2008, Khalid mengalahkan calon daripada BN iaitu Tan Sri Abdul Aziz Shamsuddin dengan majoriti sebanyak 9,314 undi.

Beliau memperoleh 33,356 undi berbanding lawannya yang menerima 24,042 undi.

- Mstar



Read More...

Jom Layan Buletin 13




Read More...

Gambar Sebenar Fitnah Seks Nurul Izzah Terbongkar


Baca seterusnya di sini


Read More...

Lebih Baik Polis Siasat Kes Altantuya Daripada Ganggu MP Pakatan

PETALING JAYA 27 MAC : Polis Diraja Malaysia (PDRM) diminta bersikap professional dan tidak menggunakan pegawainya bagi mengganggu Ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) yang menjalankan tugas mereka.

Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa mendakwa beliau dan Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo dikenakan saman oleh polis kerana mempersoalkan kematian Chang Chin Te dalam tahanan pihak berkuasa itu pada kira-kira 15 Januari lalu.


Beliau mendakwa saman tersebut dibuat Ketua Balai Polis Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahya Ramli pada 18 Februari lalu.

Katanya, dia hadir ke Balai Polis Tropicana di sini hari ini kira-kira jam 11.30 pagi untuk disoal siasat berhubung saman itu.

“Saya kesal terhadap perkara ini kerana ia membuang masa berharga pegawai kanan polis akibat dikerahkan dalam menjalankan siasatan yang tidak perlu terhadap Ahli Parlimen dalam menangani isu masyarakat kawasan mereka.

“Difahamkan Gobind Singh Deo disial siasat dalam isu yang sama pada minggu lalu,” katanya.

Chin Te telah ditangkap dan ditempatkan di Balai Polis USJ 8 Subang Jaya pada 10 Januari lalu.

Beliau mati di dalam tahanan polis dan keluarganya dimaklumkan akan kematiannya empat hari kemudian. Balu beliau, Lim Wei Ni dilaporkan melihat lebam pada muka dan badannya dalam bilik mayat ketika mengambil gambar.

Sivarasa and Gobind Singh telah menasihatkan keluarga Chin Te agar meminta bedah siasat kali kedua setelah mereka curiga terhadap kematiannya.

Sivarasa berkata, sewajarnya polis menumpukan perhatian bagi membanteras jenayah berbanding bertindak terhadapnya dirinya dan Gobind Singh Deo yang menjalankan tugas sebagai Ahli Parlimen.

“Terdapat isu-isu yang jauh lebih serius di negara ini yang memerlukan siasatan.”

Beliau berkata adalah lebih baik jika polis tumpukan perhatian terhadap pengakuan bersumpah penyiasat P Balasubramaniam atau PI Bala tentang pembunuhan warga Mongolia Altantuya Shaaribu,” katanya.



Read More...

Wednesday 27 March 2013

Macai Umno Buat Lawak Bodoh Lagi.. Jom Gelak..

Sumber kami menunjukkan kepada kami beberapa sms dalam bahasa Inggeris, di antara Individu Pembangkang dengan pihak Militan Kiram, yang kami percaya dihantar kepada pihak perantara yang kami yakin ialah MNLF.

Daripada sms yang banyak itu, kami dapat bahagikan kepada dua bahagian.

SMS dari Individu Pembangkang di Malaysia :


1. Parlimen akan dibubarkan pada hujung bulan Februari. "Kucar-kacir" mesti dibuat pada hari yang sama. Keadaan mesti dihuru-harakan supaya Najib terpaksa mengisytihar "Darurat".

2. Berjanji akan menyalurkan wang. 50% Deposit.

3. Berjanji akan memberikan Pangkat dan Jawatan.

4. Berjanji "kami tidak kenal kamu dan kamu tidak kenal kami".


SMS balas dari pihak MNLF/ Militan Kiram :

1. Beri kami wang dahulu untuk beli minyak, sewa senjata, upah dan makanan.

2. Kami mahu Jawatan dalam Kerajaan jika Individu Pembangkang tersebut berjaya menjadi Presiden! Kami mahu jawatan Ketua Polis Negeri Borneo Utara, District Officer Semporna, Kunak & Lahad Datu.

3. Elaun kepada Sultan Jamalul Kiram III dan waris-waris dibayar setiap bulan.

4. Memberikan "Kewarganegaran" secara percuma kepada semua keluarga mereka yang berada di Sabah secara automatik.

4. Membatalkan Perjanjian dengan MILF.

5. Membenarkan tentera MNLF dan Militan Kiram mendirikan Pos Kawalan di Tunku, Lahad Datu.


Read More...

Samseng Umno Menyalak Lagi Depan Pejabat PKR

PETALING JAYA 27 MAC: Kira-kira 30 samseng dari beberapa NGO pro Umno membuat kecoh di depan Ibu Pejabat KEADILAN, kira-kira jam 3 petang tadi.

Kekecohan berlaku selama 20 minit sebelum kumpulan itu beredar.

Perhimpunan tersebut bagi menuntut supaya Naib Presiden, Tian Chua memohon maaf susulan kenyataan kontroversi berhubung insiden di Lahad Datu, Sabah.


Sambil membawa kain rentang mengutuk Tian dan Datuk Seri Anwar Ibrahim, kumpulan itu menjerit-jerit memburukkan Pakatan Rakyat dan Ketua Umum KEADILAN.

Menurut pengawal keselamatan di premis itu, S Valu, kumpulan samseng tersebut merupakan kumpulan yang sama membuat kecoh di pejabat KEADILAN dua minggu lalu.

“Mereka adalah kumpulan yang sama, cuma kali ini mereka jerit-jerit burukkan parti dan Datuk Seri (Anwar).

“Lepas selesai menjerit, terus mereka balik,” katanya ketika dihubungi.

Menurut Valu, semasa kejadian, lebih kurang 20 polis hanya mengawal dan memerhati tindakan samseng itu sehingga mereka bersurai.

Terdahulu, pada 11 Mac lalu, kumpulan samseng sama membuat kecoh di hadapan pejabat KEADILAN sehingga menyebabkan seorang kakitangan cedera dan harta benda rosak.

Mereka bertindak liar dengan membaling telur dan kayu ke arah pejabat dan kakitangan yang terlibat.

Serangan itu menyebabkan logo parti di pintu utama pecah dan tiang tempat letak kereta Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail patah.

Bagaimanapun, kejadian itu hanya diperhatikan polis tanpa ada usaha untuk meleraikan kekecohan tersebut.

Lebih teruk lagi, tiada satupun siasatan dan tindakan dikenakan ke atas samseng terlibat.


Read More...

Najib Tak Menghadap Agong Pagi Ini..

Wartawan KECEWA, Najib TIDAK HADIR KE ISTANA


KUALA LUMPUR - Kecewa. Itulah yang dapat digambarkan selepas penantian sekumpulan wartawan dan jurufoto media tempatan yang menantikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak muncul di Istana Negara hari ini tidak kesampaian.

Najib kebiasaannya akan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah sebelum mesyuarat Kabinet setiap hari Rabu.

Jika sebelum ini tiada tumpuan media ketika Najib memasuki istana kira-kira pukul 7.50 pagi setiap hari Rabu dan menghabiskan masa sehingga satu jam, namun memandangkan tarikh pembubaran Parlimen semakin hampir, rutin tersebut menarik perhatian para media.

Ada antara wartawan yang sudah berada di Istana Negara seawal pukul 7 pagi lagi. Tuanku Abdul Halim difahamkan kini berada di Langkawi untuk melawat Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2013. - pulakdah



Read More...

Pakatan Rakyat tolak tempoh 10 minit muncul di RTM

PETALING JAYA 27 MAC: Pakatan Rakyat sebulat suara menolak tempoh 10 minit untuk membentangkan manifesto PRU 13 di Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kesepakatan itu bertujuan menunjukkan kepada kerajaan supaya berhenti mempersendakan Pakatan dengan menawarkan ruang yang tidak ikhlas.


“Pakatan menolak tawaran 10 minit untuk muncul di media Umno BN kerana kita lihat tawaran itu hanya memperolok-olokkan sistem demokrasi yang diamalkan di Malaysia.

“Pakatan juga curiga sekiranya penerangan manifesto dalam tempoh singkat itu tidak disiarkan sepenuhnya,” katanya pada sidang media Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di Ibu pejabat KEADILAN lewat petang semalam.

Menurut Anwar, Pakatan Rakyat akan menggiatkan lagi kempen penerangan menjelang pembubaran Parlimen tidak lama lagi.

“Kita akan memperbanyakkan program bersama antara parti komponen bagi menjelaskan manifesto Pakatan kepada rakyat di samping menangkis politik fitnah Umno yang makin berleluasa menjelang PRU,” ujarnya.

Hadir sama, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim; Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Ketua Publisitinya, Tony Pua.

Dalam sidang media sama, video penerangan manifesto turut dilancarkan Pua. – NS



Read More...

Perancangan menculik dan membunuh Mahathir

Gambar: Pembongkar Rahsia.
Pasir Puteh: Dua bekas ahli PAS mendedahkan komplot untuk menculik, mencederakan dan membunuh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kerana ketaksuban mereka terhadap Amanat Haji Hadi yang menghalalkan pemimpin UMNO dibunuh.

Kumpulan pertama merancang perkara itu pada 1988 untuk menculik dan membunuh Dr Mahathir manakala kumpulan kedua pula pada 1994, yang mahu melempar bom petrol ketika beliau melakukan lawatan di Semarak.


Perkara itu didedahkan bekas EXCO Pemuda PAS Kedah, Zainon Ismail atau lebih dikenali dengan nama pena CN Afghani, 57, dan bekas Timbalan Ketua Keselamatan PAS Kelantan, Shaidi Hussin, 45, kepada pemberita selepas menghadiri majlis Himpunan Selamat Tinggal PAS di Gaal, di sini, malam kelmarin.

Zainon yang juga penulis buku Kafirkah Aku mendakwa dia bersama lebih 30 orang yang semuanya ahli PAS, merancang untuk menculik dan seterusnya membunuh Dr Mahathir yang dianggap darahnya halal.

Oleh kerana ketika itu saya lihat sistem pilihan raya di Malaysia lambat untuk PAS mencapai kemenangan, saya merancang untuk merampas kuasa atau membunuh Perdana Menteri pada masa itu.
Kami juga telah menyiapkan Kabinet sementara dengan melantik Haji Hadi (Datuk Hadi Awang) sebagai Perdana Menteri. Bagi kami ketika itu membunuh Dr Mahathir adalah satu ibadat. Kami memahami sebegitu daripada Amanat Haji Hadi.

Rancangan dapat dihidu

Bagaimanapun, sebelum rancangan itu berjaya dilaksanakan pihak keselamatan dapat menghidu rancangan kami dan sebahagian ahli kumpulan ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), katanya yang mengakui tidak memaklumkan mengenai rancangan itu kepada kepemimpinan atasan PAS ketika itu.

Ditahan mengikut ISA

Zainon yang pernah ditahan mengikut ISA selama enam tahun dari 2001 hingga 2006 berkata, PAS kini tidak lagi memperjuangkan Islam malah telah menggadai agama suci itu selepas bertahaluf siyasi (kerjasama) dengan DAP dan PKR.

Shaidi pula mendedahkan selepas berlaku peristiwa pembunuhan di Memali pada 1985, beliau diarahkan oleh ketuanya untuk merancang membunuh Dr Mahathir.

Katanya, mereka merancang untuk melempar bom petrol yang dicampur dengan racun ketika lawatan Dr Mahathir di Semarak.

Bagaimanapun, katanya, cubaan itu gagal kerana kawalan ketat oleh pihak keselamatan terhadap Dr Mahathir ketika itu.

Ketika itu saya yakin saya benar kerana kepemimpinan PAS ambil sejarah Rasulullah dan membandingkan dengan sejarah perjuangan PAS. Di situ saya yakin sehingga sanggup untuk menyertai komplot membunuh Dr Mahathir, katanya yang mendakwa mendapat latihan ketenteraan di selatan Thailand. - erapasca


1) Di mana dalam amanat ini Mahathir boleh di bunuh?
2) Di mana dalam amanat ini mengatakan orang UMNO kafir
3) UMNO hanya untuk orang BODOH - Amanat Mahathir.



Read More...

Ketua Pemuda Umno Kedah Tunjuk Kebodohan Diri

Kenyataan media Pengarah Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kedah, Tuan Haji Zulkifli Yahaya berhubung isu kononnya PAS dakwa membina 12 masjid di negeri Kedah.

Ketua Pemuda UMNO Kedah (tengah) mendakwa kerajaan negeri Kedah 'mengaku' membina masjid

1. Saya bersedia untuk mengajar tusyen Bahasa Melayu secara percuma kepada Ketua Pemuda UMNO Kedah, Badrol Hisham Hashim serta serta para pemimpin BN negeri ini yang tidak memahami maksud ayat: “Sebanyak 12 buah masjid telah dibina sejak 2008 sebagaimana senarai berikut: ... (senarai 12 buah masjid tersebut)” yang terkandung dalam buku Sayangi Kedah Sejahtera yang dikeluarkan oleh Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kedah.


2. Ayat tersebut langsung tidak menyebut bahawa, ia telah dibina menggunakan sumber kewangan kerajaan negeri semata-mata. Lebih teruk lagi jika mereka memahami maksud ayat tersebut sebagai ‘PAS mengaku membina masjid’.



3. Untuk maklumat pihak yang keliru dengan isu pembinaan masjid, perkara paling penting yang perlu mereka fahami ialah urusan masjid atau segala perkara yang berkaitan dengan agama Islam adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri yang dinaungi terus oleh KDYMM Sultan negeri Kedah.

4. Pembinaan masjid tidak dapat lari dari tanggungjawab pihak berkuasa agama negeri, penyediaan tapak oleh kerajaan negeri, sumbangan kewangan oleh Jabatan Zakat Negeri serta menguruskan sumbangan derma dan wakaf orang ramai. Peranan itu tidak jauh berbeza dengan tugas kerajaan Pusat yang mengutip duit cukai dari rakyat jelata dan cukai terkumpul itu yang disalurkan untuk membina masjid. Bezanya ialah jumlah peruntukan Pusat lebih besar berbanding Negeri, bersesuaian dengan status, kemampuan dan peranan masing-masing.

5. Senarai pembinaan 12 buah masjid itu dimasukkan dalam buku Sayangi Kedah Sejahtera sebagai menjelaskan tohmahan bahawa sepanjang satu penggal pemerintahan Pakatan Rakyat tiada masjid yang terbina di Kedah. Di samping menjelaskan bahawa kerajaan negeri tetap berperanan dalam urusan pembinaan masjid.

6. Kepada pihak yang beriya-iya untuk mengaku menjadi ‘hero bina masjid’ eloklah menghentikan tindakan kebudak-budakan itu. Apa yang lebih penting sebagai umat Islam ialah memakmurkan Rumah Allah bukan setakat berbangga kononnya mereka adalah jaguh bina masjid, sedangkan sumber pembinaan masjid itu pun adalah dari hasil cukai yang dikutip dari rakyat dan korporat.

7. Bagaimanapun saya berterima kasih kepada pihak yang mensensaikan isu ‘pembinaan masjid’ ini kerana akibat tindakan tersebut maka buku Sayangi Kedah Sejahtera mencari buruan orangramai sehingga ia terpaksa diulang cetak.


ZULKIFLI YAHAYA

Pengarah
Urusetia Penerangan
Kerajaan Negeri Kedah.
9.45 am 26 Mac 2013


Read More...

Foto Panas Kemesraan Papagomo Dengan Pimpinan Umno Dan Peguam Negara





















Read More...

Tuesday 26 March 2013

PANAS - Treller Negara Berkebajikan Ditahan FRU


Terkini! FRU telah menahan treler Optimus Prime utk memasuki tapak pasar malam kamunting.. Polis dan fru penuh berkumpul.. Semua jalan memasuki tempat ceramah telah dibuat sekatan!



9Like ·  · 



Read More...

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP