Thursday 14 March 2013

AMK kecewa polis gagal bendung kekecohan

Pemuda PKR (AMK) melahirkan kekecewaan terhadap polis yang didakwa gagal mengawal keadaan dalam insiden kekecohan di ibu pejabat parti itu Petaling Jaya pada Isnin lalu.

Mereka menuding jari langsung kepada Balai Polis Tropicana -- yang berkongsi blok dengan pejabat PKR, malah hanya berselang dua kedai sahaja -- di Merchant Square.


Naib Ketua AMK Azmizam Zaman Huri berkata, kegagalan itu melahirkan rasa takut dan tidak selamat, merosakkan harta persendirian dan menyebabkan kecederaan seorang kakitangan pejabat PKR.

"Dan (saya) meminta satu siasatan dalaman dilakukan terhadap semua pegawai bertugas (di balai itu) pada waktu tersebut yang jelas membiarkan keadaan menjadi begitu tegang tanpa tindakan," kata Azmizam dalam laporan polisnya semalam.

Beliau yang juga ketua Pemuda PKR Selangor membuat laporan polis itu petang semalam di ibu pejabat polis daerah (IPD) Shah Alam.

Isnin lalu, perhimpunan anti-PKR di luar ibu pejabat parti melibatkan kira-kira 50 orang menjadi huru-hara apabila berlaku insiden baling membaling dan tindakan membakar bendera parti itu.

Perhimpunan anjuran kumpulan anti-PKR Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Pertubuhan Warisan dan Kebajikan Anak Malaysia, Selangor (Waris Malaya) dan Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI) itu bertujuan membantah dakwaan penglibatan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes pencerobohan di Lahad Datu.

Dakwaan ini sudah pun dinafikan Anwar.

http://www.malaysiakini.com/news/223814



PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP