Monday 1 April 2013

Beg Udara Percuma.. Gula-Gula Terkini Najib.

Putrajaya, 1 April - Kerajaan Malaysia hari ini melalui Kementerian Kewangan dan Kementerian Pengangkutan melalui Jabatan Keselamatan Jalan Raya telah bersetuju untuk membiayai pemasangan sistem beg udara SRS, sistem brek anti-terkunci (Anti Lock Braking System) dan sistem kawalan geseran (Traction Control System) disemua kenderaan yang telah dibeli sejak tahun 2000 hingga sekarang secara percuma.

"Tujuan kita adalah supaya tahap keselamatan pengguna jalan raya dapat ditingkatkan dan diharapkan agar berlaku penurunan bilangan maut setiap kali berlaku kemalangan," terang Datuk Seri Kong Cho Ha ketika ditemuramah di Jabatan Perdana Menteri semalam.


Mekanisme pemasangan yang bakal dibiayai oleh kerajaan Malaysia ini memerlukan pengguna memenuhi beberapa syarat. Antara syarat-syaratnya

1. Model kereta menyokong pemasangan sistem keselamatan yang diberikan.

2. Hanya model selepas tahun 2000 dibenarkan.

3. Tuan punya kereta mestilah tidak disenarai hitamkan di JPJ dan LHDN.

Datuk Seri Najib Tun Razak ketika ditemui mengatakan ini adalah salah satu bukti kerajaan Barisan Nasional amat prihatin mengenai masalah rakyat. "Kebanyakan kereta di negara kita tidak punya sistem keselamatan yang baik, jadi kerajaan telah bersetuju untuk menggunakan satu jumlah yang agak besar hasil kutipan duti kenderaan setiap tahun untuk digunakan sebagai bayaran pemasangan sistem kenderaan."

Sambil tersenyum Datuk Seri Najib meyakinkan orang ramai yang kerajaan tidak akan rugi kerana kebanyakan kenderaan yang dijual sekarang ini, jumlah cukai yang dikenakan sudahpun agak tinggi jadi walaupun belanja yang agak besar diperlukan, ia mungkin hanya akan mengambil sebanyak 5% maksimum daripada jumlah cukai setiap kenderaan.

"Orang ramai perlu mendaftar terlebih dahulu di laman sesawang Kementerian Kewangan dan kemudiannya resit perlu dibawa ke pusat-pusat servis di seluruh negara untuk proses pemasangan. Pengguna tidak perlu mengeluarkan satu sen pun kerana semua ditanggung oleh kerajaan Barisan Nasional," jelas Datuk Seri Najib lagi.

Bila ditanya mengenai kereta-kereta yang bakal dikeluarkan pula dan aspek keselamatan, Perdana Menteri menjelaskan selepas ini semua kereta yang dikeluarkan bermula pada tahun 2014 perlu mematuhi aspek-aspek keselamatan yang akan digariskan oleh MIROS. " Aspek ini masih belum pasti tapi buat masa sekarang, yang saya boleh umumkan, semua kereta wajib ada beg udara depan dua dan 4 beg udara tepi. Saya nak menunjukkan kerajaan Barisan Nasional tidak main-main dalam bab keselamatan rakyat semua."

Ditanya mengenai aspek mana yang bakal dibiayai dalam program ini, Perdana Menteri menyebut semua kenderaan bakal dibekalkan dua beg udara untuk pemandu dan penumpang depan, tali pinggang belakang, sistem ABS, sistem ISOFIX untuk pemasangan kerusi bayi dan sistem TCS jika model tersebut mampu menampungnya.

Pengerusi Perodua ketika ditemui menyambut baik bantuan kerajaan ini. "Selama ini, aspek keselamatan hanyalah satu opsyen kepada pengguna dan jika ada pengguna yang mahu meningkatkan aspek keselamatan kenderaan, kos akan ditanggung oleh mereka sendiri. Dengan syarat baru yang bakal diperkenalkan kerajaan, ini bakal membantu meningkatkan ekonomi rakyat dan pengeluar alat ganti. Yang istimewanya, zero cost installation. Semua kerajaan tanggung. "

Proses pendaftaran dan pemasangan akan dimulakan hanya selepas keputusan pilihanraya diumumkan. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada laman web Kementerian Pengangkutan.

Sumber - Cursingmalay


PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP