Saturday 2 March 2013

BOB LOKMAN TERPAKSA JUAL KACANG

Bekas Pelawak Bob Lokman menyara kehidupannya dengan bekerja sebagai penjual buku, kacang dan nasi selepas meninggalkan dunia seni untuk menyertai parti politik.

Bob atau nama sebenar Muhammad Hakim Lokman, 48, berkata beliau terpaksa melakukan pekerjaan tersebut untuk melangsaikan beberapa hutangnya yang masih tertangguh.

Selepas sudah tidak terlibat lagi dengan dunia hiburan, saya menyara kehidupan dengan menjual buku-buku, kacang dan nasi.

"Saya terpaksa berniaga kecil-kecilan bagi menyara kehidupan untuk melangsaikan hutang-hutang yang masih ada," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini, Jumaat apabila ditanya tentang perkembangan terbaharu beliau.

Bob Lokman yang pernah menjadi juri pada program Maharaja Lawak dan penulis lirik lagu Isabella (nyanyian Search) itu telah menyertai parti PAS dan banyak melakukan ceramah untuk parti itu.

Beliau turut menjual buku dan kacang di lokasi tempat ceramah yang dianjurkan parti berkenaan serta di kawasan rumahnya di Sungai Buloh, dekat sini.

Dalam pada itu, menyentuh sejauh mana penglibatannya dalam bidang politik, Bob berkata, dia tidak berniat untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU-13) akan datang.


PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP