Thursday 7 March 2013

Brig. Jen (B) Datuk Abdul Hadi Khattab - Malaysia nak jadi hero atau Pak Sanggup?

KUALA LUMPUR 7 MAC: Najib Razak seolah-olah hendak menjadi ‘hero’ dalam konflik rantau ini, sedangkan tidak menghadam dinamik politik di negara tempat dianjurkan perjanjian antara dua pihak.

“Apakah kita (Malaysia) nak jadi hero atau Pak Sanggup sebagai orang tengah? kata Pengerusi Majlis Rundingan Keselamatan KEADILAN, Brig. Jen (B) Datuk Abdul Hadi Khattab.


“Kita seolah-olah hendak menjadi juara dalam isu ini. Sedangkan kita tak tahu apa dinamik politik dan pergolakan yang berlaku di Mindanao dan selatan Thailand,” tegas Hadi dalam pertemuan bersama Keadilandaily baru-baru ini.

JMR ampang (2)Katanya, ketika negara sedang dibolosi penceroboh, Najib masih mahu menunjukkan kepada dunia kononnya dia mampu menyelesaikan konflik dan menganjur keamanan di tempat lain.

Beliau merujuk tindakan Najib yang terlibat dalam perjanjian antara kerajaan Thailand dengan Barisan Revolusi Nasional (BRN), kumpulan pemisah di selatan Thailand, 28 Februari lalu.

Sebelum itu pada Oktober 2012, Najib menjadi penganjur kepada perjanjian kerajaan Filipina dengan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF)

Memetik laporan portal berita Filipina, Iquirer Globalnation menyatakan, Sultan Sulu, Jamalul Kiram menghantar kumpulannya masuk ke Sabah kerana hak Kesultanan Sulu diketepikan ketika perjanjian damai antara Manila dan pejuang Islam Moro di Mindanao.

- keadilandaily.com/



PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP