Monday 4 March 2013

Fitnah Bloggers Umno - Tian Chua Buat Laporan Polis

KUALA LUMPUR 4 MAC: Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua membuat laporan polis petang ini berhubung laporan palsu blogger Umno ke atasnya mengenai isu pencerobohan Lahad Datu, Sabah.

Ahli Parlimen Batu itu membuat laporan tersebut di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.

TianLaporan polis itu dibuat terhadap blogger dan cybertroopers Umno iaitu Papagomo, Mymassa, Talk With Hand dan Aloqlaloq.

Beliau mahu mereka yang terlibat disiasat.

Ia ekoran berita palsu menuduh beliau menghina pembunuhan komando polis negara sebagai ‘mati katak’ dalam satu ceramah yang didakwa dihadirinya di Puchong.

Sedangkan ketika itu, beliau menghadiri ceramah KEADILAN di Tangkak Johor.

“Ini adalah cerita yang dipalsukan dan tidak benar sama sekali. Semalam, saya tidak berada di Puchong dan tidak pernah beri ucapan menghina pengorbanan pasukan keselamatan,” jelas Ahli Parlimen Batu itu.

“Sebenarnya (waktu itu) saya berada di Johor dan dalam semua ucapan, saya menyatakan keyakinan dan sokongan terhadap pasukan keselamatan dan anggota-anggotanya,” kata Tian dalam kenyataan berhubung fitnah itu pagi tadi

Tian ditemani Setiausaha, Rozan Azen Mat Rasep.

Hadir sama, Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin dan Ahli Parlimen Selayang, William Leong.


PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP