Saturday 2 March 2013

Hanya 60 orang dengar ceramah pembangkang


PROGRAM ceramah politik anjuran pakatan pembangkang di Taman Saga, Alor Setar hanya dihadiri segelintir penyokong parti itu, di Alor Setar malam tadi. - UTUSeks

ALOR SETAR 2 Mac - Pembangkang di Kedah kelihatan semakin ditinggalkan penyokongnya apabila sambutan untuk majlis-majlis ceramah mereka menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) semakin dingin, termasuk ceramah yang diadakan di Taman Saga, dekat sini malam tadi.

Kehadiran lima penceramah termasuk Timbalan Pesuruhjaya II Pas negeri, Datuk Dr. Ismail Salleh ternyata masih belum mampu menarik minat orang ramai apabila hanya kira-kira 60 orang sahaja menghadiri ceramah tersebut.

Dalam ceramah hampir tiga jam itu, mereka cuba menggambarkan bahawa Barisan Nasional (BN) adalah seburuk-buruk kerajaan termasuk tuduhan rasuah dan amalan kronisne yang kononnya tidak berlaku dalam kalangan pemimpin pakatan pembangkang.

Dr. Ismail umpamanya, mendakwa negeri di bawah pakatan pembangkang lebih cekap diurus tadbir berbanding semasa di bawah kerajaan BN.

Namun beliau yang juga Exco kerajaan negeri tidak pula menggunakan pentas ceramah itu untuk menjelaskan isu status kewangan Kedah yang didakwa menanggung beban hutang mencecah RM3 bilion iaitu tertinggi sejak pakatan pembangkang menerajui negeri ini. - UTUSeks




PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP