Thursday 7 March 2013

Jamalul Kiram III melenting pengikut dilabel pengganas?

Rata-ratanya bersetuju apabila pengikut individu yang mendakwa dirinya Sultan Sulu Jamalul Kiram III,digelar pengganas,ekoran apa yang telah kumpulan itu lakukan di Sabah sehinggakan mengorbankan nyawa pasukan keselamatan Malaysia

Namun,tidak kepada Kiram,malah beliau menolak dakwaan Malaysia yang melabelkan pengikut-pengikutnya sebagai pengganas di Sabah, menurut beberapa laporan media antarabangsa


Masih berpegang dengan pendirian berpaksikan sejarah dahulu kala,Kiram mendakwa para pengikutnya yang diketuai adiknya, Raja Muda Azzumuddie hanya cuba pulang ke tanah air mereka (Sabah)

"Adakah orang di tanah air sendiri pengganas? Adakah orang di kediaman sendiri di tanah air sendiri pengganas?",kata Jamalul Kiram dalam satu temu bual bersama stesen radio dzMM

Malah portal berita online Filipina Jamalul Kiram menyatakan tujuan melabel penggikutnya sebagai pengganas adalah untuk menghalang campur tangan antarabangsa di Sabah

Sebelum ini Setiausaha Luar Filipina, Albert Del Rosario turut bersetuju kumpulan yang menceroboh Sabah itu dianggap sebagai pengganas

Laporan turut menyebut,Jamalul Kiram sekali lagi menegaskan bahawa Tentera Diraja Kesultanan Sulu itu tidak akan menyerah diri

Beliau turut beranggapan para pengikutnya selamat daripada serangan pasukan keselamatan Malaysia - enciknakal.com


PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP