Tuesday 26 March 2013

'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' Hanya Slogan Kosong Pas - Ahmad Bashah

LANGKAWI, 26 Mac (Bernama) -- Slogan 'Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua' yang dilaungkan kerajaan negeri pimpinan PAS itu hanya sekadar slogan kerana selepas lima tahun mentadbir tidak ada apa yang dapat dibanggakan mereka.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata sebarang pembangunan yang ada sejak 2008 hingga sekarang merupakan kesinambungan usaha kerajaan BN terdahulu dan projek baharu pula adalah inisiatif kerajaan pusat yang tidak mahu melihat rakyat di Kedah tercicir.


"Kerajaan janji sejahtera, tak nampak sejahteranya. Apa kerajaan buat dalam tempoh lima tahun ini. Orang cerita masalah perumahan, peluang pekerjaan, pembangunan dan macam-macam. Selepas lima tahun mana sejahteranya," katanya kepada Bernama selepas menghadiri Program Penggerak PRU-13 Bahagian Langkawi di sini hari ini.

Katanya rakyat yang ditemui di pelbagai peringkat mengeluh dengan suasana di Kedah sekarang dan rata-rata mahu BN kembali mengambil alih kerajaan negeri.

BN tampil dengan slogan 'BN Menang Kedah Senang' kerana mahu memastikan kehidupan lebih baik kepada rakyat berbanding keadaan mereka sekarang dan BN telah membuktikan setiap janji dikota, katanya.

-- BERNAMA



PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP