Thursday 7 March 2013

Sepuluh Sensasi Pencerobohan Sabah

Spekulasi atau tidak, sila gunakan akal fikiran dan budi bicara anda untuk menelan kebenaran perkara yang dipaparkan berikut.

1. Masyarakat mempersoalkan bilangan sebenar pengganas yang telah ditumpaskan memandangkan hanya 13 paparan gambar kematian yand dihebahkan kepada umum.


2. Terdapat pihak yang menyifatkan bahawa serangan udara dua hari lepas adalah kegagalan besar kerana tidak berjaya mematahkan gerombolan penganas.

3. Media Filipina menyebut bahawa operasi pengeboman dari udara tersasar langsung dari tempat persembunyian kumpulan bersenjata Sulu yang menceroboh. Pemimpin gerombolan, 'Putera Mahkota' Agbimuddin (Azzimuddie) diberitakan selamat.

4. Sumber MNLF melalui Hadji Achmad Bayam menyatakan bahawa akibat serangan besar-besaran, pejuang-pejuang Moro yang pernah dilatih di Malaysia akan menyertai gerombolan yang menceroboh.

5. Sumber-sumber media Filipina mendedahkan bahawa Najib pernah berjanji untuk menyediakan penempatan kepada orang-orang 'kesultanan Sulu'.

6. Blog-blog pro-Pakatan mendedahkan bahawa 'Sultan Sulu' dilihat menghadiri Perhimpunan Agong UMNO. Najib juga kelihatan bergambar bersama adik 'Sultan' yang sebenarnya juga mengisytiharkan dirinya sebagai 'Sultan Esmail Kiram II (bukan Eslam).

7. Empat bekas Jeneral tentera Malaysia tidak menolak kemungkinan insiden pencerobohan ini sengaja diada-adakan untuk tujuan tertentu.

8. Sumber media Filipina menyatakan bahawa pada tahun 2003 kerajaan Malaysia melalui Duta Kerajaan iaitu Ismail Saad pernah berunding dengan 'Sultan Kiram III' untuk membayar pampasan sebanyak RM350,0000 dan menyambung pajakan untuk 100 tahun lagi.

9. Tersebarnya spekulasi bahawa pencerobohan ini adalah dirancang supaya darurat dapat diistiharkan atas alasan keselamatan negara terancam sekaligus tidak pilihanraya umum ke-13 tidak perlu diadakan.

10.Terdapat spekulasi bahawa pencerobohan ini digunakan untuk menambah bilangan undi pos di Sabah jika impak kejadian tidak memadai untuk pengisytiharan darurat.

- ArimiSidek



PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP