Friday 22 March 2013

Umno Johor Semakin Gelabah Dengan Kelibat Anwar Ibrahim

Kain rentang lelaki bercium 'sambut' Anwar JB

Dua kain rentang yang memaparkan imej dua lelaki bercium muncul di sebuah kawasan kediaman di Johor Baru - tiga hari selepas Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik ribuan penduduk tempatan menghadiri ceramahnya di kawasan itu.

Ketua PKR cawangan Johor Jaya, Jimmy Puah memberitahu Malaysiakini bahawa kedua-dua kain rentang itu dikesan oleh ahli parti itu di Taman Megah Ria pagi semalam.


Anwar dijadualkan melawat Johor Baru esok dan beliau dijadual mengumumkan calon PKR bagi kerusi Parlimen Johor Bahru dalam satu ceramah pada sebelah petangnya.

Tidak ada nama pencetak atau mereka yang bertanggungjawab pada kain rentang tersebut. Juga tidak ada cop kelulusan majlis tempatan pada kain rentang itu.

Walaupun tiada seorang pun dinamakan pada kain rentang itu, tetapi ia memaparkan tulisan dalam bahawa Melayu "Selamat Datang Anugerah Tuhan & Selamat Datang Huguan Siou", yang membayangkan ia merujuk kepada Anwar.

Semasa lawatannya ke Sabah bulan lepas, Anwar "dianugerahkan" gelaran Huguan Siou oleh sekumpulan penyokong. Huguan Siou adalah gelaran bagi pemimpin agung masyarakat Kadazandusun dan Anwar kemudiannya menafikan beliau sebenarnya dianugerahkan gelaran sedemikian.

Ketua pembangkang itu telah dirujuk sebagai 'anugerah tuhan' oleh isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, yang juga presiden PKR, semasa konvensyen nasional parti itu pada tahun 2010.

Gambar kain rentang itu disiarkan dalam talian oleh penulis blog pro-Umno, termasuk Papagomo, yang berdepan dengan saman fitnah oleh Anwar terhadapnya.


PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP