Tuesday 5 March 2013

Umno Saman Tian Chua RM400 Juta

UMNO sudah memulakan tindakan undang-undang terhadap Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua atas kenyataan berunsur fitnah beliau yang mengaitkan parti itu dengan insiden pencerobohan kumpulan bersenjata dari Filipina di Lahad Datu, Sabah.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, UMNO menerusi Penasihat Undang-undang parti, Hafarizam Wan & Aisha Mubarak telah menghantar surat tuntutan mengandungi lima perkara terhadap Tian Chua iaitu dalam masa tujuh hari bermula hari ini, beliau antaranya perlu menarik balik kenyataan itu dan membuat satu permohonan maaf tidak bersyarat dalam bentuk bertulis.

Menurutnya, langkah itu diambil kerana segala tuduhan yang dibuat adalah tidak berasas dan amat serius dengan niat jahat untuk memburukkan dan merosakkan reputasi dan imej UMNO.

Tian Chua didakwa berniat jahat dengan menganggap kes kematian pasukan keselamatan di Lahat Datu sebagai sandiwara.

PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP