Saturday 20 April 2013

3.000 Iringi Husam Di Putrajaya

PUTRAJAYA: Kira-kira 3000 penyokong PAS berarak mengiringi Datuk Husam Musa dari Surau Al Husna ke pusat penamaan calon.

Pusat penamaan calon berlangsung di Kompleks Kejiranan Presint 9 yang terletak kira-kira 2 km dari surau itu.

Husam dan penyokong terlebih dahulu menunaikan solat hajat dan sunat dhuha sebelum berarak ke pusat penamaan.

Mereka berkumpul seawal jam 7.30 pagi dan bergerak ke pusat penamaan kira-kira jam 9 pagi.

P125 Putrajaya kali ini menyaksikan pertembungan dua tokoh 'high profile" masing-masing dari parti BN dan PAS yang menjadi tumpuan ramai.

PRU ini, Penyandang kerusi Putrajaya Tengku Adnan Tengku Mansor untuk kali ini berdepan dengan Naib Presiden PAS yang juga merupakan Pengarah Roadmap To Putrajaya PAS.

Harapan PAS dan penyokongnya cukup tinggi kepada Husam kerana disinilah pintu yang perlu dibuka untuk Pakatan Rakyat membuat perubahan politik di Putrajaya.

Pada PRU 12 Tengku Adnan memperoleh majoriti 2,734 undi mengalahkan calon PAS Mohamad Noor Mohamad yang mendapat undi 1,304 daripada jumlah pengundi seramai 6,604.

PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP