Thursday 25 April 2013

Ali Rustam - Jangan Mimpilah Nak Ambil..

LUBOK CINA - “Mimpi la dia nak ambil Masjid Tanah. Mimpi di siang hari,” kata Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam terhadap calon Pas Parlimen Masjid Tanah, Mohd Nasaie Ismail.

Mohd Ali yang juga Pengerusi BN negeri berkata, Mohd Nasaie sebagai orang luar tidak tahu apa-apa mengenai Melaka sebaiknya berdiam diri daripada membuat tuduhan tidak berasas.

“Tuduhan dia tidak berasas. Dia tidak tahu apa yang dia cakap. Dia lagi tiada harapan di kawasan dia bertanding kerana dia bukan orang Masjid Tanah. Dia orang Pahang,” katanya selepas mengadakan kunjungan di Pasar Malam Lubok Cina di sini, malam kelmarin.

Mohd Ali berkata demikian merujuk kepada dakwaaan Mohd Nasaie pada program penerangan Pakatan Rakyat (PR) yang diturut dihadiri Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di lokasi sama.

Pada program itu, Nasaie mendakwa Presiden BN, Datuk Seri Najib mahu membunuh karier Mohd Ali sebagai ahli politik dengan sengaja meletakkan dirinya bertanding di Parlimen Bukit Katil.

Sementara itu, Mohd Ali berkata, pakatan pembangkang turut kelam kabut kerana meletakkan Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin, biarpun sudah dua kali kalah ketika bertanding dalam pilihan raya.

“Shamsul sebagai orang luar di situ (Parlimen Bukit Katil) yang pernah kalah di Tangga Batu dan Dungun. Dia adalah calon yang tidak diterima di Bukit Katil. Jadi, tidak timbul isu Najib mahu bunuh karier saya atau kawasan itu berpotensi dimenangi PKR.

PKR sebenarnya sudah ketandusan calon," katanya.


PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP