Tuesday 30 April 2013

Daim perlekehkan Anwar dan Pakatan dalam kempen di Putrajaya

PUTRAJAYA, 30 April — Tun Dr Daim Zainuddin menyelar Pakatan Rakyat (PR) sebagai “pakatan keliru” dan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah “penipu besar” malam tadi, selepas bekas menteri kewangan itu menjadi veteran Barisan Nasional (BN) terbaru untuk berkempen di Putrajaya.

Daim berkempen untuk calon BN di pusat pentadbiran kerajaan itu tiga hari selepas Tun Dr Mahathir Mohamad melakukan perkara sama. BN juga menggunakan bekas timbalan perdana menteri Tun Musa Hitam untuk berkempen menjelang pilihan raya yang dikatakan paling sengit dalam sejarah.


“Bila nak pilih kerajaan mesti pilih yang baik, bukan yang nak menjahanamkan ... Keliru tak habis-habis, kerana mereka yang keliru. Jangan percaya yang keliru ni, nanti kelak merana,” kata Daim di sini merujuk kepada PR.

Beliau menuduh Anwar sebagai tidak kompeten semasa menjadi menteri kewangan pada awal 90an, mengatakan Anwar terpaksa merujuk kepadanya hampir setiap hari tentang bagaimana untuk menguruskan kementerian tersebut.

Daim merupakan menteri kewangan dari 1984 hingga 1991 dan Anwar mengambil alih selepas itu. Beliau kembali ke jawatan tersebut pada 1999 selepas membantu Malaysia menghadapi krisis kewangan Asia pada 1997.

Beliau mengatakan Anwar menipu dan menggunakan namanya untuk mendapatkan sokongan ketika mahu merebut jawatan timbalan presiden Umno yang melayakkan beliau untuk menjadi timbalan perdana menteri.

Bercakap kepada hadirin yang kebanyakkannya ahli dan pekerja parti, Daim menggesa penyokong BN di Putrajaya untuk bersatu dalam pilihan raya 5 Mei dan mengundi Tengku Adnan untuk mengalahkan calon PAS Datuk Husam Musa untuk kerusi Parlimen itu.

“Yang boleh menyelesaikan masalah ni cuma Tengku Adnan je, dia setiausaha agung Umno ... Presiden Umno pula ialah perdana menteri,” katanya.

Daim membuktikan dirinya masih popular apabila ratusan hadirin di Presint 8 di sini mengejutkannya dengan lagu “Selamat Hari Jadi” awal malam tadi.

Hadirin walau bagaimanapun, kurang daripada ketika Dr Mahathir memberikan ucapan di Presint 9 minggu lepas. Lebih kurang 15,000 pegundi, kebanyakkannya penjawat awam akan mengundi di Putrajaya yang di lihat sebagai kubu kuat kerajaan.

Sehari sebelum itu pada Ahad, Daim muncul dalam muka depan akhbar harian berbahasa Melayu Mingguan Malaysia, yang dimiliki Umno, dimana beliau menjangkakan kekalahan PR.

“Saya melihat pembangkang tidak akan menang kali ini kerana mereka ada banyak perbeaan. Dalam banyak hal mereka gagal berpakat.

“Kita lihat bukan sahaja soal pembahagian kerusi dan calon, ini termasuk perbezaan antara prinsip perjuangan,” kata beliau kepada Mingguan Malaysia.



PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP