Friday 19 April 2013

Dr. Juanda Tidak Tercalon

KANGAR - Spekulasi Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya bertanding sebagai calon PKR di Parlimen Kangar meleset apabila namanya tidak berada dalam senarai akhir diumum Pengerusi PKR Perlis, Mohamad Faisol Abdul Rahman, semalam.

Ketiadaan Juanda memberi tamparan hebat kepada Pakatan Rakyat yang mengimpikan merampas Perlis dari Barisan Nasional (BN).

Faisol mengesahkan PKR bertanding enam kerusi Dun setelah dipersetujui Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (MPPR).

Mereka dicalonkan adalah Timbalan Ketua Wanita PKR Perlis, Tuan Marja Tuan Mat (Sena), Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan Perlis, Azhar Amier (Tambun Tulang) dan Ketua Angkatan Muda Keadilan Perlis, Ammar Ghazali (Mata Ayer).

Turut disenarai Setiausaha PKR Padang Besar, Wan Mohamad Fishaal Wan Daud (Chuping), Anggota Majlis Kepimpinan PKR Perlis, Chai Ming Khai (Indera Kayangan) dan Exco Majlis Kepimpinan PKR Perlis, Noor Amin Ahmad (Kuala Perlis).

Mohamad Faisol berkata, semua calon itu adalah yang terbaik bagi menggalas harapan rakyat negeri ini.

“Mereka dipilih memiliki kredibiliti, bijak, mempunyai tahap kesihatan baik selain layak mentadbir negeri jika dipilih menjadi Exco,” katanya.

Ditanya sama ada akan berlaku pertandingan tiga penjuru antara PKR, DAP dan BN di Dun Indera Kayangan selepas PKR menamakan Chai Ming Khai, Mohamad Faisol yakin ia tidak akan berlaku.

“Meskipun DAP letak Wong Boon Beng di Indera Kayangan, atas semangat setiakawan, kita tidak bertanding sesama sendiri,” katanya.

PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP