Friday 5 April 2013

Fitnah Terkini Utusan - Pakatan Akan Adakan Demontrasi Besar

KUALA LUMPUR 4 April - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Azmin Ali, Shamsidar Taharin diminta membuat sidang akhbar bersama bagi menafikan wujud usaha mengadakan Himpunan Shamsidar 2.0 sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13.


Bekas Setiausaha Angkatan Muda Keadilan (AMK), SD Johari Yasin berkata, beliau tertanya-tanya tujuan pembangkang mahu mengadakan himpunan tersebut kali ini sekiranya benar seperti didakwa pihak tertentu.


Berikut adalah kenyataan penuh SD Johari:


Kita meminta Anwar dan Shamsidar buat penafian melalui 'sidang akbar bersama' bahawa wujud usaha dari pihak pembangkang untuk mengadakan Himpunan Shamsidar 2.0 sebelum PRU 13.


Kita mahu tahu apakah tujuan Anwar dan Shamsidar mahu mengadakan Himpunan Shamsidar 2.0 kali ini. Betulkah tujuan himpunan ini untuk merayu secara terbuka supaya Majlis Syura Pas mengeluarkan fatwa bahawa Islam membenarkan seorang biseksual untuk menjadi Perdana Menteri. Rakyat amat memerlukan penjelasan daripada Anwar dan Shamsidar.


Kita juga difahamkan bahawa Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan Nurul Izzah gagal dalam usaha untuk mendapatkan Nik Abdul Aziz Nik Mat mengeluarkan fatwa mengatakan 'biseksual boleh menjadi Perdana Menteri' tetapi Nik Abdul Aziz takut mengeluarkan fatwa tersebut sebab pilihan raya sudah dekat.


Sebagai usaha terakhir, Anwar dikatakan akan mengeluarkan surat akuan daripada Yusof Al-Qardawi mengatakan Islam mengalu-alukan pemimpin biseksual untuk menjadi perdana menteri.

- utuseks malaysia


PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP