Friday 5 April 2013

Jelajah Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pengumuman calon di Perlis, Kedah 7 April (Ahad)

Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan meneruskan siri jelajah Pakatan Harapan Rakyat ke Perlis, Kedah 7 April ini.

Program pertama yang akan dihadiri beliau iaitu Sepetang Bersama Anwar Ibrahim
jam 6 petang yang akan diadakan di Kampong Jeram, Tunjang, Kedah.


Seterusnya Anwar dijadualkan pula solat Maghrib dan menyampaikan tazkirah di Masjid Pekan Tunjang, Kedah lebih kurang jam 7.20 malam.

Sebelah malamnya, beliau akan menyampaikan ceramah Perdana Pakatan Harapan Rakyat dan pengumuman Calon KEADILAN Perlis di Jln Wai, Kg Seberang Ramai, Kuala Perlis jam 8.30 malam hingga 12 tengah malam.

Barisan penceramah pada malam itu terdiri daripada Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Simpang Pulai, Chan Ming Kai, Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN (MPN) Perlis, Mohd Faisol Abd Rahman, Brig. Jeneral (B) Datuk Najmi Ahmad dan ustaz Hashim Jassin.

Manakala ceramah yang akan dihadiri Ketua Pembangkang itu di Kedah pula akan diadakan di Padang Bandar Laguna Merbok, Kedah bermula jam 8.30 malam hingga 12 tengah malam.

Barisan penceramah pada malam itu yang akan bergandingan dengan Anwar terdiri daripada Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution, Exco kerajaan Kedah, Datuk Amiruddin Hamzah, Senator Saiful Izham, Naib Presiden KEADILAN, N Surendren dan Ketua Cabang Rembau, Badrul Hisham Shahrin atau CheguBard.


PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP