Thursday 18 April 2013

‘Kalau sayang saya, tolong saya’, rayuan Najib kepada penjawat awam

PUTRAJAYA, 18 April — Penjawat awam hari ini diminta untuk membantu Datuk Seri Najib Razak dalam pilihan raya akan datang semasa beliau melancarkan projek perumahan mampu milik, eksklusif untuk demografi di sini.

Perdana menteri kerajaan sementara itu turut menyelar calon PAS bagi kerusi parlimen Putrajaya Datuk Husam Musa yang merayu undi di sini sejak pencalonannya diumumkan minggu lepas.


“Saya tak lupa jasa penjawat awam ... Kalau sayang saya, tolong saya nanti,” kata Najib kepada penjawat awam yang memenuhi auditorium hotel The Everly di sini yang mengangkat sepanduk “Saya Sayang PM” kepadanya.

Najib di sini untuk melancarkan perumahan 1Malaysia untuk penjawat awam (PPA1M) yang menawarkan 10,336 unit rumah berukuran 1,000 hingga 1,500 kaki persegi berharga RM150,000 dan RM300,000.

Projek ini telah dikritik oleh Husam malam tadi dalam perhimpunan besar pertamanya yang membangkitkan harga mahal hartanah di Putrajaya berbanding dengan jirannya di Bukit Damar, Dengkil.

“Kalau ada sehari dua ni orang turun nak minum teh dengan kita di kantin. Hati-hati lah ya,” kata Najib merujuk kepada Husam yang sudah mula mendekati penjawat awam di sini.

“Ini bukan soal dia daripada negeri ambo ... Ini soal masa depan negara kita,” kata Najib.- TMI



PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP