Tuesday 16 April 2013

Kecewa Ibrahim Ali Hanya Mahathir Saja Yang Tahu.. Kahkahkah

Kota Bharu: Presiden Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali kecewa kerana tidak diberikan laluan oleh Barisan Nasional (BN) untuk bertanding atas tiket parti itu bagi mempertahankan kerusi Parlimen Pasir Mas yang dimenanginya pada 2008.

Katanya, beliau akan tetap mempertahankan kerusi itu sebagai calon bebas.


Jelas Ibrahim, beliau kecewa kerana tidak diberikan alasan kenapa beliau tidak boleh jadi calon BN sedangkan naib presidennya, Zulkifli Noordin dicalonkan oleh BN bagi kerusi Parlimen Shah Alam.

"Saya tidak disenaraikan maknanya saya tidak diberi peluang, sebab-sebabnya saya tak tahu. Mungin rupa paras saya tak cantik atau sebagainya. Tapi saya ingin nyatakan di sini walaupun saya bertanding di Pasir Mas bukan bererti saya menentang BN. Saya kira hal Pasir Mas ini isolated case (kes terpencil)," katanya.

Ibrahim berkata demikian kepada pemberita sebaik tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa dan disambut oleh kira-kira 300 penyokongnya termasuk ahli Perkasa.

BN mencalonkan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pasir Mas, Che Johan Che Pa bertanding di kerusi itu.

Tegas Ibrahim, beliau bukan berdendam dengan BN atau UMNO apabila memutuskan mahu bertanding di Pasir Mas sebaliknya menasihati semua ahli Perkasa supaya menyokong calon yang dikemukakan oleh BN.

Katanya, keputusan beliau itu adalah atas permintaan penduduk Pasir Mas dan kerana masih ada banyak agenda yang mahu beliau perjuangkan khususnya yang menyentuh hal ehwal orang Melayu dan agama Islam.


PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP