Monday 15 April 2013

Kejutan Pengundi Cina Dan Melayu Di Sungai Rapat

GOPENG: Calon PAS Dun Sungai Rapat, Ustaz Radzi Zainon optimis akan menawan Dun tersebut dalam Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13) kali ini.

Menurutnya, ianya tidak mustahil setelah melihat peningkatan sokongan berlaku dengan cukup baik hasil daripada gerak kerja yang dilakukan oleh jentera parti.

Katanya, persiapan kali ini jauh lebih baik dan bersedia daripada pilihan raya tahun 2008 lalu yang berkesudahan PAS tewas dengan majoriti 636 undi.

Kata Radzi, PAS Kawasan Gopeng telah menggerakkan jentera daripada awal lagi dengan menonjolkan beliau sebagai calon di Sungai Rapat.

Ini, katanya telah memberi kelebihan kepada jentera untuk menggerakkan calon daripada awal lagi.

“Walaupun keputusan tidak menyebelahi PAS di Dun Sungai Rapat dalam PRU12 lalu, saya terus bekerja sepenuh untuk rakyat sehingga hari ini.

“Pusat Khidmat PAS juga sentiasa beroperasi dan pelbagai program kemasyarakatan telah diadakan,” katanya ketika ditemui Harakahdaily dalam program Jelajah Dun Sungai Rapat, semalam

Jelasnya, sokongan orang Melayu makin meningkat jika dilihat daripada culaan yang dibuat oleh jentera parti.

Sokongan bukan Melayu katanya sangat luar biasa khususnya kaum Cina yang dilihat akan menjadi peranan besar kemenangan PAS di Dun Sungai Rapat.

“Saya berkeyakinan tinggi kaum bukan Melayu khususnya Cina akan memberi sokongan lebih 80 peratus kepada PAS dan saya tidak menolak kemungkinan orang Melayu akan membuat kejutan kali ini,” jelasnya.

Radzi berkata, antara isu besar yang berlaku di Dun tersebut adalah kemiskinan dan setinggan yang terdiri daripada kaum Melayu.

Katanya, perkara tersebut tidak sepatutnya berlaku dalam negara yang sudah merdeka lebih 55 tahun ditambah lagi Sungai Rapat berada di kawasan bandar.

Pada PRU12, beliau mendapat 9,999 undi manakala Datuk Hamidah Osman memperoleh 10,635 undi.

Majoriti kemenangan BN berjaya dikurangkan daripada 6,269 undi pada PRU11 kepada 636 undi dan ini adalah satu kejayaan besar kepada beliau.

Pertambahan pengundi di Dun tersebut sangat tinggi iaitu kira-kira 15 ribu dan ini bermakna Sungai Rapat adalah Dun kedua tertinggi pengundinya selepas Dun Manjoi.

“PRU12 lalu saya berjaya kurangkan majoriti dan kali ini saya berazam untuk memperoleh kemenangan sulung PAS.

PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP