Tuesday 9 April 2013

Kenapa Baru Sekarang BN Nak Turunkan Harga Kereta

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mempersoalkan manifesto BN yang baru menimbulkan janji untuk menurunkan harga kereta selepas 55 tahun pentadbiran parti itu.

"Kenapa dalam masa 50 tahun lebih ni baru nak turun harga kereta? Dah 50 tahun lebih memerintah baru nak turun harga kereta. Bila kita buat, dia pun buat.

"Kita sama-sama janji. Janji ialah perkara yang baru nak dibuat. Kalau dah buat bukan manifesto dah namanya," kata Abdul Hadi.

Beliau berkata demikian ketika menjawab satu soalan yang dikemuka para peserta dalam satu forum anjuran akhbarSinar Harian di Shah Alam hari ini.

Peserta berkenaan meminta Hadi mengulas dakwaan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa manifesto Pakatan hanyalah satu khalayan yang bakal merugikan negara.
Mengulas lanjut Abdul Hadi berkata beliau tidak menafikan bahawa pembangunan yang dijalankan kerajaan BN, termasuk membina infrastruktur merupakan satu bentuk kerajaan.

"Tapi bagaimana mengurus duit itu? Pembangunan ini tanggungjawab kerajaan. Siapa jadi kerajaan perlu buat pembangunan. Sebab itu duit rakyat bukan duit parti," katanya lagi.

Bercakap dalam sidang media selepas program Bicara Minda itu pula, Abdul Hadi seterusnya mempertahankan konsep Negara Berkebajikan yang dipromosi PAS pada masa ini.

Menurutnya, PAS mempromosi konsep berkenaan bagi memudahkan masyarakat memahami konsep Islam sebagai agama rasmi persekutuan, berbanding konsep Negara Islam yang diuar-uarkan sebelum ini.

"Tiada percanggahan dengan Negara Berkebajikan dengan Negara Islam. Itu perkataan seperti di mana pertukaran semata-mata untuk memudahkan orang faham dan akhirnya semua dapat terima konsep Islam agama persekutuan," katanya.

Tumpuan PAS yang beralih kepada usaha mempromosi konsep Negara Berkebajikan itu menerima kritikan keras daripada bekas pemimpin utama parti berkenaan – bekas pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Hassan Ali dan bekas timbalan presiden Nasharudin Mat Isa.

Golongan ini antara lainnya mendakwa, PAS telah terpesong daripada matlamat asal setelah bekerjasama dengan PKR dan DAP.

PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP