Saturday 27 April 2013

Kesian Najib.. Terpaksa Jual Ubat..

SARATOK, Sarawak - Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan slogan 'ubah" yang dilaungkan pembangkang tidak lebih daripada sekadar gimik bagi meraih perhatian, menasihatkan rakyat supaya tidak terpengaruh dengannya.
Perdana Menteri berkata di sebalik slogan yang kononnya mengandungi madu itu sebenarnya tersembunyi racun berbisa yang mana telah dirasai penduduk di empat buah negeri yang ditadbir pakatan pembangkang ketika ini.

Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang ditadbir pakatan pembangkang.

"Empat buah negeri yang ditadbir pembangkang, setengah daripada kita termakan dengan slogan ubah, tetapi hari ini keempat-empat negeri itu sarat dengan kekecewaan sebab kerajaan yang dipilih tidak dapat laksana apa yang dijanjikan.


"Jadi, saya ingin mengingatkan rakyat supaya jangan sesekali tertarik dengan ungkapan ubah sebab tidak ada apa-apa yang mereka lakukan sebelum ini selepas diberi amanah menjadi kerajaan di negeri berkenaan," katanya ketika berucap pada majlis pemimpin bersama rakyat di dataran Krian di sini, hari ini.

Hadir sama Timbalan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Alfred Jabu dan calon Barisan Nasional (BN) di kerusi Parlimen Saratok Tan Sri William Mawan Ikom, yang juga Menteri Pembangunan Sosial negeri.

Menjadikan kegagalan kerajaan pakatan pembangkang diterajui Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Selangor sebagai contoh, Perdana Menteri berkata kekecewaan ditanggung rakyat negeri itu perlu dijadikan iktibar penduduk, khususnya di Sarawak supaya tidak memberi peluang calon parti itu untuk dipilih menjadi pemimpin.

Najib yang juga Pengerusi BN berkata berbanding BN yang mempunyai perancangan dan peta jalan yang jelas ke mana negeri dan negara hendak dibawa, PKR yang diberi peluang untuk menunjukkan kebolehan ternyata gagal memenuhi kehendak dan aspirasi rakyat yang sentiasa mahukan perubahan.

"Saya tahu di sini ada calon PKR, tetapi kita kena ingat PKR tidak boleh membela masa depan masyarakat di sini. Percayalah, kalau mereka sudah gagal di Selangor, sudah pasti mereka juga akan gagal di Sarawak," katanya.

** Kat orang Sarawak boleh lee kelentong.. Cer ko cuba kat Putrajaya.. Berguling-guling rakyat gelak.. Hehehe...



PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP