Friday 19 April 2013

Khalid Ibrahim Adalah Calon Pelarian

KLANG - Keputusan pakatan pembangkang meletakkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bertanding di kawasan Dun Pelabuhan Klang menjadikan Menteri Besar Selangor itu calon pelarian politik, bukan calon "heavyweight" yang sering dicanang mereka.

Calon Barisan Nasional Dun Pelabuhan Klang Datuk Nasarruddin M Zin berkata Abdul Khalid layak digelar pelarian kerana melarikan diri daripada penduduk Dun Ijok yang tidak berpuas hati terhadap perkhidmatan beliau sebagai wakil rakyat di kawasan itu sejak lima tahun lepas.

"Lari mana pun seluruh negara tahu dia tak tahu jaga rakyat, kemudian nak salahkan BN pula tak tahu jaga rakyat. Cerminlah diri dulu... baru fikir nak datang Klang," katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Memperkenalkan Calon BN Parlimen Klang Kepada Pemuda BN di sini malam tadi. Turut hadir calon BN Parlimen Klang Datuk Teh Kim Poo, calon BN Dun Kota Alam Shah Datuk Maglin Dennis D'Cruz dan calon BN Dun Pandamaran Datuk Dr Ching Eu Boon.

Nasarruddin berkata Abdul Khalid tidak memahami masalah yang dihadapi penduduk di Pelabuhan Klang, dan sepatutnya menyelesaikan masalah penduduk Ijok dahulu sebelum bertanding di tempat lain bagi mendapat kepercayaan penduduk di sini.

"Keputusan Abdul Khalid bertanding di Pelabuhan Klang menunjukkan sikap pemimpin pembangkang yang hanya tahu mencari kawasan selamat setelah mengetahui rakyat di kawasan mereka tidak berpuas hati, perasaan pengundi di kawasan lama dan baharu langsung tak fikir," katanya.

Beliau berkata usaha kerajaan BN, pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memacu negara menerusi pelbagai transformasi, serta kerja keras BN di Klang, merupakan kekuatan bagi menidakkan Abdul Khalid di Pelabuhan Klang.

"BN sentiasa berpegang pada janji, kita tunaikan apa yang kita cakap. Abdul Khalid dan koncu-koncu pembangkang hanya tahu tabur janji tapi tak mahu tunaikan, manifesto mereka tak usah percaya kerana itu bukan janji pun," katanya.

- Bernama

PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP