Thursday 4 April 2013

Kita Akan Pastikan Anwar Kalah Di Perak

Naib Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau akan memastikan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim kalah dalam pilihan raya umum ke-13 di Perak.

Selain itu, beliau turut meramalkan, Anwar juga mungkin tidak akan bertanding di kerusi yang telah dimenangi Umno di negeri itu.

"Saya pasti dia akan bertanding di kerusi yang bukan dimenangi oleh BN. Sama ada dia (Anwar) atau calon lain (yang bertanding), lawan tetap lawan.

"Kita akan pastikan dia (Anwar) kalah," katanya kepada media selepas menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi BN di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

Ditanya sama ada Umno gentar dengan kehadiran Anwar ke Perak, Zahid yang juga ahli parlimen Bagan Datoh berkata:

"Kita tak gentar sebagaimana Lim Kit Siang ke Johor."


PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP