Thursday 25 April 2013

Lagi Bilik Gerakan Umno Selangor Ditutup

SUNGAI BESAR: Bilik gerakan Umno cawangan Simpang 5 di sini ditutup sejak semalam dipercayai akibat pergeseran yang berlaku di antara sesama ahli.

Tinjauan Harakahdaily mendapati pintu bilik gerakan tersebut direntang dengan tali keselamatan, sementara di pintunya terdapat sekeping notis.

Notis tersebut bertulis "Bilik gerakan ini ditutup dan dibuka semula pada 5 Mei".


Presiden Kelab Bekas Ahli Umno (Kebab), Mohd Maskom Ramli yang ditemui berkata, sebelum ini tidak pernah berlaku pergeseran dalam seteruk ini di kalangan Umno di sini.

Beliau tidak menolak kemungkinan perkara itu berlaku kerana ada ahli Umno datang bertemu beliau serta meminta bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib datang berceramah di Parlimen Sungai Besar.

"Pertemuan mereka dengan saya diketahui ahli-ahli lain sehingga menyebabkan timbul tidak puas hati dan hilang kepercayaan.

"Pergeseran ini bertambah teruk menyebabkan mereka terpaksa menutup bilik gerakan," jelas beliau.

Tambahnya lagi, Kebab akan menarik seberapa ramai ahli-ahli Umno untuk menyertai PAS dan sebagai bekas ahli beliau akan memberi penerangan yang betul mengenai perjuangan yang dibawa oleh Pakatan Rakyat agar mereka sedar untuk membuat perubahan.

"Sebagai bekas ahli kita mengetahui kepincangan di dalam Umno dan saya menerima mereka datang bertanya serta berbual dengan saya.

"Mungkin penerangan yang kita berikan tepat menyebabkan mereka menyokong kita, itu yang menimbulkan ahli-ahli Umno tidak berpuas hati sehingga menyebabkan pergolakkan ini timbul," sambung beliau.

Katanya lagi, ada di antara mereka telah memberi sumbangan secara senyap bagi memastikan kempen jentera PAS berjalan dengan lancar.

Muhammad dijangkakan hadir memberi ceramah di sini pada 3 Mei nanti.


PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP