Saturday 6 April 2013

Lebih Banyak Wang Akan Dilambakkan Najib Jika Menang PRU

BN mengumumkan lebih banyak pemberian tunai jika berjaya mentadbir Putrajaya sepenggal lagi.

Ketika melancarkan manifestonya malam ini, Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak berkata, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) akan dinaikkan daripada RM500 kepada RM1,200 untuk setiap keluarga berpendapatan bawah RM3,000.

Begitu juga untuk yang bujang apabila bantuan dinaikkan kepada RM600 daripada RM250, umum Najib di hadapan ribuan pengikutnya di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Dalam acara yang turut disiarkan langsung di televisyen, Najib berkata bayaran itu akan dibuat setahun sekali dan bukannya sekali sahaja seperti sebelum ini.

Turut diumumkan dalam manifesto BN:

  * Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) dinaikkan daripada RM100 kepada RM300.

  * Bantuan persekolahan daripada RM50 kepada RM150.

  * Harga kereta akan diturunkan antara 20 hingga 30 peratus.

  * Bayaran Internet jalur lebar dikurangkan sebanyak 20 peratus.

PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP