Thursday 18 April 2013

Lepas Sembahyang Hajat Tengku Adnan Terus Fitnah Husam Musa

PUTRAJAYA, 16 April -- Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menunjukkan buku "Kenali Siapa Husam Musa, Politik Wang dan Kronisme" pada sidang akhbar selepas majlis solat hajat, tahlil dan doa selamat sempena pencalonan beliau sebagai calon BN bagi kerusi Parlimen P125 Putrajaya di kediamannya di Presint 10 di sini malam ini.

Belum pernah dalam sejarah Adnan Mansor membuat 'solat hajat' sebelum ini kerana cadangannya supaya semua pub dan kelab malam dibuka hingga jam 5 pagi masih belum jadi kenyataan.


Walaupun sebelum ini Adnan memperlekeh kehadiran Husam kononnya dia orang luar dan bukannya penduduk Putrajaya tetapi setelah tiga hari Husam berkempen, rata-rata kakitangan kerajaan yang ditemuinya merasa sangat gembira kerana Husam tidak sombong dan berlagak seperti Adnan.


Adnan Mansor yang tertekan dengan kemaraan Husam mula menabur fitnah jijik terhadap Naib Presiden PAS itu hingga sanggup mengeluarkan risalah yang terang-terang memfitnah Husam!

Malah ada yang terus meminta bantuan Husam mengenai keadaan tempat letak kereta yang mahal serta membebankan kakitangan kerajaan, sesuatu yang tidak pernah dipedulikan Adnan walaupun sudah masuk penggal ketiga bertanding.

Inilah yang memaksa Adnan mengeluarkan risalah jahat selepas selesai majlis 'solat hajat' konon tercalon sekali lagi di kerusi parlimen terkecil di Malaysia ini.

Siapa pencetaknya masih belum diketahui tetapi kemungkinan besar ia hasil dari kerja jahat syaitan yang bersarang di Blok B4 sejak awal tahun ini.

Diyakini, Adnan akan terus melakukan taktik kotor dan jahat sesuai dengan kedudukannya sebagai antara pemegang saham terbesar dalam syarikat perjudian terbesar di Asia Tenggara, Genting Berhad!

Menjelang penamaan calon 20 April ini, Adnan yang terkenal dengan perangai 'samsengnya' hingga didiakwa memukul kakitangan tidak akan berdiam diri melihat bagaimana Husam yang mula dari kosong kini sudah mula mengorak langkah menemui presint demi presint, dan blok demi blok untuk bertemu seberapa ramai pengundi yang akan menentukan nasibnya pada 5 Mei nanti.

Kalau Adnan anak jantan, jangan cuba peralatkan Perbadanan Putrajaya (PjC) bersekongkol dengan bekas ketua setiausaha negara, Samsudin Osman (kini pengerusi PjC) yang dipercayai cukup jahat semasa dalam perkhidmatan awam untuk memusnahkan siapa saja yang menentang Adnan di pusat pentadbiran kerajaan persekutuan ini!


PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP