Tuesday 9 April 2013

Mahathir Mahu Jaga Bisnes Anak Bukan Bela Melayu

KEDAH 9 APRIL: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bukan mahu mempertahan hak Melayu sebaliknya beriya-iya melindungi kekayaan anaknya, kata Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

“Bangkitnya Mahathir menjelang PRU 13 bukan hendak perjuangkan hak Melayu tetapi bagi mempertahan kedudukan anaknya dalam politik dan kekayaan anak.

“Mahathir takut kalau Pakatan perintah, semua kekayaan anaknya akan jadi agenda utama yang dibongkar. Ini amat ditakutinya, bukannya pasal hak Melayu,” katanya depan kira-kira 10,000 hadirin di padang awam Bandar Laguna Merbok, Kedah 7 April lalu.

Saifuddin berkata, Mahathir juga mahu kekal sebagai Penasihat Petronas supaya anaknya terus mudah menikmati kontrak syarikat petroleum nasional itu.
Katanya, gelagat Mahathir kononnya mahu membela kepentingan orang Melayu hanya momokan yang sengaja dipublisiti bagi mengalih isu pendedahan kekayaan melampau anaknya.
Beliau mengingatkan rakyat supaya tidak terpedaya dengan gimik politik yang dimainkan bekas Perdana Menteri paling lama berkuasa dan dianggap banyak pihak, sebagai licik.

Pada ceramah sama, Naib Presiden KEADILAN, N Surendran menyifatkan Datuk Seri Najib Razak perlu  membaca Seskyen 10 Akta Pilihan Raya 1954 yang melarang pemberian selepas pembubaran Parlimen.

“Apakah pemberian BR1M jika BN menang pilihan raya itu bukan pemberian yang disalah guna menjelang PRU 13? Mereka dengan bangga buat pengumuman sedangkan Parlimen sudah bubar. Patut Najib baca akta membabitkan penawaran dan sogokan,” katanya.

Beliau percaya perbuatan Najib yang membuat janji sedemikian sebagai kesalahan yang tidak sepatutnya berlaku sementara menanti pengumuman tarikh pengundian.

“Siapa akan ambil tindakan terhadap kesalahan Najib menyalah guna kedudukan. Hanya rakyat boleh beri pengajaran dengan menolak pimpinan Umno BN,” katanya.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=49690

PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP