Tuesday 16 April 2013

Masyarakat Anggap Sebar Video Seks Adalah Kerja Umno

KUALA LUMPUR:Pengarah Pusat Kajian Demokrasi Dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL), Profesor Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman(gambar)melihat, penyiaran video lucah akan mengukuhkan tanggapan masyarakat yang ia merupakan “kerja Umno”.

“Video ini dan video-video lucah sebelum ini semuanya mula diterbitkan blog-blog yang pendirian mereka adalah pro-Umno.

“Begitu juga dengan video terbaru ini yang turut mula ditayangkan oleh pengendali blog-blog politik pro-Umno,” katanya merujuk kepada isu terbaru membabitkan seorang pemimpin PAS.

Menurutnya lagi, Umno perlu mengeluarkan kenyataan mengutuk penyiaran video sebegitu untuk menjauhkan diri mereka daripada mereka yang menyiarkannya.

Semalam Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan mengeluarkan kenyataan Umno tidak ada kaitan dengan pembikinan dan penyebaran video lucah Datuk Mustafa Ali.

Peguam Umno, Datuk Hafarizan Harun juga menghantar surat notis meminta Harakahdaily menarik balik penyataan yang mengatakan Umno terlibat dengan video lucah ini.

Ridhuan berkata, berdasarkan kajian beliau sebelum ini juga, hanya sekitar 18 hingga 21 peratus pengundi mempercayai ketulenan video seks lelaki mirip Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan satu lagi gambar lucah lelaki mirip Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.

Justeru, beliau menjangkakan kesan yang sama akan turut berlaku kepada penyiaran video lucah mirip Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali itu.


PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP