Tuesday 16 April 2013

Mat Taib Keluar Umno Kerana Menantu

KUALA LUMPUR 15 April - Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib dikatakan akan bertindak keluar parti sekiranya menantu beliau, Ahmad Affandi Hamzah tidak terpilih menjadi calon pada Pilihan Raya Umum Ke-13.

Mursyidul Am Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI), Muhammad Zahid Md. Arip berkata, Ahmad Affandi kini memegang jawatan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kelana Jaya dan disebut-sebut untuk dicalonkan bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia.


"Kita berharap beliau janganlah terlalu taksub dengan karier politik menantu sendiri sebab Ahmad Affandi masih muda lagi.

"Walaupun Ahmad Affandi seorang Ketua Pemuda bahagian, ada juga calon lain yang perlu diambil kira," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Dalam pada itu, Zahid turut mempersoalkan adakah tindakan Muhammad yang beria-ia mahu menantunya menjadi calon adalah bagi memberi laluan mudah untuknya menjawat jawatan lebih besar iaitu sebagai Menteri Besar Selangor.

"Kita harapkan Tan Sri Mat Taib janganlah keluar parti hanya kerana menantu tidak dipilih menjadi calon. Perlihatkanlah jiwa besar dan jangan bersikap kebudak-budakan dalam memeras ugut pucuk pimpinan," katanya.

- utuseks



PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP