Tuesday 23 April 2013

Menjelang PRU Penipuan SPR Semakin Menjadi-jadi

Kedah, Kelantan, Pahang dan Terengganu mempunyai bilangan pengundi yang ramai berkongsi nama yang sama, termasuk 900 bernama 'Fatimah Ismail'.

Daripada jumlah ini, terdapat 14 contoh 'Fatimah Ismail' berkongsi tarikh hari lahir yang sama, dan 10 daripadanya juga mempunyai kad pengenalan yang dikeluarkan di negeri yang sama.


"Bayangkan dua orang yang bernama 'Ismail' yang mempunyai anak perempuan mereka dilahirkan pada hari yang sama dan menamakan mereka 'Fatimah', dan ianya di kampung yang sama," kata penolong penyelidik Projek Analisis Daftar Pemilih Malaysia (Merap), Lee Wee Tak.

Sebagai perbandingan, beliau berkata, negeri-negeri lain seperti Perak dan Negeri Sembilan dan mempunyai bilangan yang kurang pengundi dengan nama yang sama.

Nama pengundi yang paling popular di Perak adalah 'Fatimah Ahmad' dengan hanya 55 kes, sebagai contoh, berbanding dengan 412 'Fatimah Ismail' di Kedah.

Malah apabila Merap cuba mengurangkan kebetulan itu dengan mencari NONEsekurang-kurangnya tiga padanan nama dan tarikh lahir, Lee berkata, beliau masih ada 263 pengundi di seluruh Malaysia yang memenuhi kriteria itu.

Dalam kebanyakan kes, pengundi ini nampaknya tinggal berdekatan dengan satu sama lain, tetapi kira-kira dua pertiga daripada mereka mempunyai alamat yang tidak lengkap.

Mendahuluinya ialah Kedah dengan 50 pengundi, Perak (41), Kelantan (21), dan Kedah (26).

Dalam satu contoh, katanya, terdapat tiga pengundi bernama 'Ab Rapar Awang' berkongsi tarikh hari jadi yang sama pada 15 Julai 1949. Dua daripada mereka mendaftar untuk mengundi di parlimen Indera Mahkota, manakala seorang lagi mengundi di kawasan berjiran Paya Besar.

Sementara itu, Sabah dan Sarawak mempunyai jumlah tertinggi pengundi berusia lebih 100 - masing-masing 1,062 dan 475 orang.

~Malaysiakini~


PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP