Thursday 11 April 2013

PAS Dan PKR Bertembung Di Sungai Acheh

PAS akan bertembung dengan rakan sekutunya dalam Pakatan Rakyat - PKR - dalam pertandingan tiga penjuru di kerusi DUN Sungai Acheh dengan meletakkan Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, Yusni Mat Piah (di bawah) sebagai calonnya di situ.

Keputusan itu dibuat selepas Pengerusi PKR negeri itu, Datuk Mansor Othman malam tadi mengumumkan Ketua Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin, yang lebih dikenali sebagai Chegubard, sebagai calon parti itu di kerusi berkenaan yang terletak dalam kawasan pilihan raya Tebal Nibong.


Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Datuk Salleh Man membuat pengumuman tersebut di Pongsu Seribu - kubu kuat parti itu di Tasek Gelugor pada kira-kira jam 10 malam ini.

Beliau berkata, pihaknya yakin calon-calon parti itu boleh menyapu bersih semua kerusi dalam pertandingan dengan Umno.

Menurut Salleh, keputusan itu dibuat selepas mesyuarat yang panjang dengan kepimpinan PAS di Kuala Lumpur, semalam.

"Keputusan kami adalah muktamad," katanya, sambil menambah bahawa kepimpinan pusat juga telah memutuskan senarai calon untuk seluruh negara.

Salleh lagi mengumumkan parti itu akan bertanding dua kerusi Parlimen dan lima kerusi DUN di Pulau Pinang dalam pilihan raya umum ke-13, yang ditetapkan pada 5 Mei.

Calon bagi dua kerusi parlimen ialah setiausaha Pemuda PAS negeri, Afnan Hamimi Taib Azamudden di kerusi Kepala Batas, dan bekas presiden Dewan Perniagaan Melayu, Datuk Abdul Rahman Maidin di Tasek Gelugor.

Calon-calon bagi empat lagi kerusi DUN termasuk Roshidi Hussein (Penaga), Arshad Md Salleh (Permatang Berangan), Asnah Hashim (Bayan Lepas) dan Zahadi Mohamad (Sungai Dua).

Setiap calon, tampil memberi ucapan ringkas selepas nama mereka diumumkan.


PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP