Friday 5 April 2013

Pelakon Porno Bantu Kempen BN



Model porno bantu kempen Umno BN
Nota ringkas buat calon pru-13 PKR

Sekalipun Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menafikan tindakan model lucah, Vivian Lee (gambar dalam paparan besar di sini) yang berkempen menayangkan bendera Barisan Nasional dalam keadaan bogel itu bukan penyokong dan model upahan BN, penafian itu sukar diterima.


Berdasarkan sejarah Umno BN, Kerajaan Rakyat dapati cara mereka berkempen dan menentang musuh politiknya menggunakan kaedah samseng, menfitnah serta pembikinan video lucah, maka tidak mustahil menjelang pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) yang amat kritikal ini Umno BN memajak pelakon-pelakon porno untuk turut serta membantu kempen mereka.

Kebarangkaliannya amat jelas hanya setelah tektik kotor Umno BN itu mendapat cemuhan rakyat terutama warga maya kalangan pelayar blog dan Facebook, barulah Umno BN bertindak menafikannya.

Akhbar resmi Umno, Utusan Malaysia yang terkenal sebagai penyampai berita palsu dan fitnah semalam melaporkan seperti berikut:


Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN), Khairy Jamaluddin Abu Bakar akan membuat laporan polis terhadap seorang wanita yang dikatakan telah mengambil gambar dirinya dalam keadaan tidak sopan dan hanya dilindungi oleh bendera BN.

Beliau menyatakan, laporan tersebut akan dilakukan esok namun tidak menyatakan waktu dan di balai polis mana laporan tersebut akan dibuat.

Khairy Jamaluddin melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) turut menyifatkan tindakan Vivian Lee, 24, tersebut sebagai amat biadap.

"Satu tindakan yang amat biadap. Saya tidak terkejut jika beliau seorang penyokong pembangkang yang sengaja mahu sabotaj BN dalam PRU akan datang, kononnya menyamar sebagai penyokong BN yang tidak senonoh dan tidak beradab," katanya menerusi SMS hari ini.

Gambar Vivian yang tidak sopan itu dikongsi oleh banyak pengguna blog dan Facebook. Kebanyakan pembaca mengkritik tindakannya itu.

Vivian pernah menimbulkan kontroversi apabila memuat naik gambar dan video aksi seks dengan teman lelakinya, Alvin Tan Jye Yee, 25, di dalam sebuah blog milik mereka, yang telah dinyahaktifkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) pada Oktober 2012.

- kerajaanrakyat


PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP