Saturday 20 April 2013

Penamaan Calon - Terkini Dari Lokasi

BERIKUT perkembangan di sana sini pada hari penamaan calon:

KUALA KANGSAR - Calon-calon PR bagi kerusi Parlimen Kuala Kangsar, Drs Khalil Idham Lim Abdullah; Dun Manong, Jamil Dzulkarnain dan Dun Bukit Chandan, Fathmawaty Salim tiba jam 8.25 pagi di pusat penamaan calon diiringi penyokong.

Lagu Negaraku turut dinyanyikan sebaik sahaja tiba diikuti dengan bacaan selawat.

SKUDAI - Fokus pada hari penamaan calon pada hari ini seramai 536 polis dan 49 pegawai ditugaskan mengawal ketat di pusat penamaan di Dewan serbaguna Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah (MPJBT), Skudai.

Penyokong Barisan Nasional ( BN ) berarak daripada kawasan Batu 10,Skudai, untuk memberi sokongan kepada calon mereka iaitu Datuk Abdul Ghani Othman bagi kerusi Parlimen, calon BN bagi kerusi Dun Nusajaya, Dr Zaini Abu Bakar dan Dun Skudai, Liang Ah Chai.

Bagi penyokong Pakatan Rakyat (PR) memulakan perarakan bermula di Jalan Tun Teja, Taman Ungku Tun Aminah sebagai sokongan kepada Penasihat DAP, Lim Kit Siang. Turut dijangka hadir adalah calon Dun Skudai, Dr Boo Cheng Hau dan calon Dun Nusaya, Dalahudin Ayub.

Penyokong hanya dibenarkan berdiri dalam jarak 50 meter di luar dewan pusat penamaan calon. Setakat ini keadaan terkawal.

ALOR GAJAH, MELAKA - Berlaku persaingan tiga penjuru di N08- Dun Machap.

Calon yang bertanding - Datuk Lai Meng Chong (BN), Ravinther a/l Sekaran (KITA), Ginie Lim (PKR)

PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP