Tuesday 2 April 2013

'Pengarah SPR S'gor akui ada pengundi meragukan'

Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Selangor Dzulkifli Abdul Rahman mengakui bahawa seorang penolong pendaftar Umno telah mendaftarkan ramai pengundi yang meragukan, dakwa Ahli Parlimen Klang Charles Santiago.

Charles mendakwa, perkara itu diakui oleh Dzulkifli dalam satu pertemuan dengannya selama 45 minit di pejabat SPR Selangor hari ini.


SPR sebelum ini berkata, individu yang sama telah mendaftar S Dinesh, 32, yang tinggal di Britain, sebagai seorang pengundi tahun lalu tanpa pengetahuannya.

"Saya bertanya kepadanya (Dzulkifli) berapa ramai pengundi yang telah didaftar oleh orang ini. Beliau kata 'ramai'," kata Charles.

Bagaimanapun Dzulkifli, menurut Charles, berkata SPR tidak boleh mengeluarkan nama Dinesh dari daftar pemilih kerana Seksyen 9(a) Akta Pilihan Raya, melarang nama dibuang dari daftar pemilih yang telah diwartakan.

"Mereka berselindung di sebalik Seksyen 9(a)," kata Charles yang mendakwa mereka mengakui undang-undang dilanggar tetapi tidak mengambil sebarang tindakan.

Dzulkifli bagaimanapun tidak hadir di sidang media Charles itu yang diadakan di pejabat SPR Selangor.



PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP