Wednesday 10 April 2013

PRU13 - Rais Yatim Antara Yang Tidak Tercalon

PETALING JAYA : Setakat maklumat yang diterima hari ini antara beberapa menteri kanan BN yang telah dimaklumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa mereka tidak akan dicalon semula untuk bertanding dalam pilihan raya umum akan datang ialah Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, Datuk Seri Dr Rais Yatim dan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen.

Tidak terkecuali juga beberapa pemimpin kanan Umno termasuk bekas Ketua Wanita Umno Tan Sri Rafidah Aziz dan Ketua Wanita Umno sekarang Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dan Datuk Seri Peter Chin Fah Kui juga telah mengeluarkan kenyataan sebelum ini bahawa tidak akan bertanding. Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin pula dijangka akan melepaskan kerusi Parlimen dan berpindah ke kerusi Negeri bagi membuka jalan untuk beliau mengambil alih jawatan Menteri Besar Johor.

Jika Khaled meninggalkan Parlimen Pasir Gudang, beliau dijangka akan bertanding bagi kerusi DUN Tiram.

Terdapat satu sumber turut memaklumkan bahawa ramai menteri-menteri yang telah mendapat panggilan daripada Perdana Menteri, yang memaklumkan bahawa mereka akan digantikan oleh calon-calon yang lebih muda atau calon-calon yang boleh menang.

Dijangka juga jika Rais Yatim tidak bertanding kali ini bermakna ini adalah penamat kerjaya politiknya. Beliau menewaskan calon PAS dengan majoriti 11,610 undi dalam pilihan raya umum 2008.

Bagaimanapun Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Ong Tee Keat dikhabarkan telah mendapat restu daripada Perdana Menteri untuk tercalon semula dan mempertahankan Parlimen Pandan.



PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP