Tuesday 9 April 2013

Samseng Melaka Mengganas Lagi

MELAKA 9 APRIL: Sekumpulan 30 samseng Umno cuba mengganggu ceramah Jelajah Pakatan Harapan Rakyat yang dihadiri Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Taman Bahagia, Bukit Baru malam tadi.

Mereka menyekat laluan pejalan kaki yang mahu ke ceramah Pakatan dengan meletakkan deretan kerusi sebagai penghadang.

Kumpulan itu juga mencetuskan provokasi dengan memaki hamun Ketua Umum KEADILAN dan pimpinan Pakatan serta menghambur kata-kata kesat.
Malah pada waktu serentak, Umno turut mengadakan ceramah kira-kira 100 meter dari tapak ceramah Pakatan.

Bagaimanapun, lebih 5,000 rakyat pelbagai kaum berjaya melepasi sekatan dan gangguan samseng Umno terlibat.

Dalam ceramah itu, Anwar mengumumkan bekas pensyarah sebuah kolej di Brunei, Rahim Haji Ali sebagai calon KEADILAN bagi Parlimen Tangga Batu. – NS

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=49714

PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP