Saturday 13 April 2013

SPR Perlu Perjelas Isu Dakwat Kekal Untuk Pengundian Awal

KUALA LUMPUR: PAS meminta agar Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjelaskan bagaimana suruhanjaya itu akan menangani isu dakwat kekal kepada pengundi awal pada 30 April ini yang hanya bertahan tiga hari.

Sedangkan kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar, pengundian biasa pula akan berlangsung pada 5 Mei iaitu lima hari selepas pengundian awal dan kebimbangan boleh mengundi lebih sekali wujud semula kerana dakwat kekal hanya mampu bertahan tiga hari.

"Kita hairan kenapa SPR boleh mengambil keputusan menetapkan tempoh masa pengundi awal dengan pengundi biasa selama lima hari, sedangkan mereka mengetahui dakwat yang digunakan itu hanya mampu bertahan selama tiga hari sahaja.

"Ini bermakna wujud ruang untuk memanipulasi dengan membenarkan pengundi awal mengundi sekali lagi pada hari tersebut kerana dakwat dijari mereka telah hilang," jelas beliau kepada Haraklahdaily.

Kerisauan itu katanya mula ditimbulkan banyak pihak dan SPR sewajarnya menetapkan tarikh pengundi awal tidak lebih tiga hari dari pengundian biasa bagi mengelakkan sebarang kemungkinan manipulasi berlaku.

"Walaupun kita mempunyai senarai nama pengundi awal tetapi dalam tempoh masa yang panjang dan sindiket pemberian kad pengenalan awam sebelum ini, mungkin konpirasi mengundi kali kedua akan berlaku.

"Mereka mempunyai kad pengenalan awam sudah pasti ini akan digunakan, kita tidak dapat menahan mereka kerana nama mereka terdapat dalam daftar pemilih biasa, apatah lagi kesan dakwat kekal juga telah hilang," sambung beliau lagi.

Mahfuz berharap SPR perlu lebih telus dalam menjalankan tugas mereka dan tidak terikat dengan permainan politik kotor  pihak tertentu yang mahu mengekalkan pemerintahan mereka.

Dalam pada itu beliau turut meminta agar SPR dapat membuat pengiraan segera apabila selesainya pengundian awal.

Jelasnya lagi, tindakan tidak mahu membuat pengiraan segera dan menyimpan lebih lama peti undi tersebut membuatkan rakyat terus mencurigai ketelusan SPR mengendali pilihanraya.

PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP