Sunday 28 April 2013

Takut kalah punca Najib roboh papan iklan kes Altantuya

SARAWAK 28 APRIL: Perbuatan menurunkan papan iklan yang menyentuh kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu di Kuching, baru-baru ini menunjukkan BN bimbang ia mengingatkan rakyat kepada kejadian yang cuba disorok itu.

Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Sarawak, Ahmad Nazib Johari, berkata kes yang dikaitkan dengan Datuk Seri Najib Razak itu sangat dekat dengan rakyat termasuk di Sarawak.


“Isu itu dekat dengan rakyat Sarawak. Jadi, BN arah Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) untuk turunkan papan tanda itu supaya tidak jadi bahan kempen.

“Apatah lagi, kes berkenaan tidak pernah diselesaikan secara menyeluruh, malah mengaitkan Najib Razak yang hingga kini mengelak menjawab,” katanya.

Bercakap kepada Keadilan Daily, beliau percaya perbuatan menurunkan papan tanda yang dipasang DAP sempena kedatangan Najib 27 April lalu, gagal menyorok kes itu dari pengetahuan rakyat.

Kes itu kekal misteri berikutan motif sebenar pembunuhan Altantuya belum terjawab. Anehnya, Mahkamah Tinggi Shah Alam 7 Mac 2012 menyatakan ia tidak penting bagi kes pembunuhan itu.

Dalam pada itu, Ahmad Nazib turut mempersoal tindakan kerajaan Sarawak yang seolah-menyekat kebebasan pembangkang untuk berkempen secara adil.

“Saya juga memasang papan tanda di bulatan Abang Kapali di Petra Jaya mengenai masalah kesesakan jalan raya,” kata calon KEADILAN bagi Parlimen Petra Jaya itu.

Sebaliknya, beliau berkata, polis memberi kata dua sama ada menukar gambar pada papan tanda atau berdepan risiko diroboh, kononnya menyalahi Akta Kesalahan Pilihan Raya.

- keadilandaily



PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP