Wednesday 10 April 2013

Tarikh 5 Mei Memang Sudah Dijangka

PETALING JAYA - Penetapan 5 Mei sebagai tarikh mengundi Pilihan Raya Umum ke-13, yang jatuh pada Ahad bukan sesuatu yang mengejutkan, kata pemimpin Pakatan Rakyat.

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata, hari mengundi pada hari Ahad kemungkinan akan menyusahkan rakyat di negeri-negeri yang bekerja hari Ahad.

"Hanya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhak buat begitu," katanya pada sidang media sebentar tadi.

SPR menetapkan hari pengundian PRU13 akan dilangsungkan pada 5 Mei manakala tarikh penamaan calon pada 20 April.
Pengundian awal ditetapkan pada 30 April dan tempoh berkempen 15 hari.

Mengulas perkara sama, Nurul Izzah berkata, Biro Politik PKR akan membincangkan mengenai tarikh pilihan raya pada 5 petang ini.

Sementara itu, Nurul Izzah berkata, penetapan tarikh membuang undi pada hari Ahad dilihat mungkin akan menyukarkan untuk pengundi yang berada di Kelantan, Terengganu dan Kedah kerana Ahad merupakan hari bekerja di negeri tersebut.

Bagaimanapun, tambah Nurul Izzah, jentera parti sudah mempersiapkan diri untuk menghadapi segala kemungkinan.

PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP