Tuesday 16 April 2013

Terkini - Adik Teoh Beng Hock Ditangkap Di Bidor

Adik perempuan Teoh Beng Hock - Lee Lan - dan tiga lagi aktivis dibawa ke balai polis Bidor, Perak, selepas mengedarkan risalah menggesa orang ramai menukar kerajaan dan menuntut keadilan untuk abangnya yang meninggal dunia secara kontroversi empat tahun lalu.

Penyelaras kumpulan Malaysians for Beng Hock antara yang ditahan.


Beliau berkata, mereka pada mulanya didekati lima pegawai polis berpakaian biasa yang duduk dalam dua kenderaan, dengan sebuah daripadanya tanpa logo polis.

"Kami tanya sama ada kami ditahan, tetapi mereka enggan bercakap. Mereka minta kami bekerjasama dan ikut mereka ke balai polis untuk siasatan," kata Ng.

Katanya, oleh kerana MyKad mereka dipegang, mereka tiada pilihan selain menuruti permintaan polis itu.

Mereka dibenarkan beredar setelah kenyataan mereka dirakam.

- mkini


PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP