Monday 15 April 2013

Umno Saman Harakah

KUALA LUMPUR: Umno hari ini menghantar surat tuntutan melalui peguamnya mendakwa Harakahdaily membuat fitnah kepadanya ekoran penyebaran video lucah.

Surat yang dikeluarkan oleh firma guaman Hafarizan Wan & Aisha Mubarak itu (gambar kiri) mendakwa Harakahdailly memfitnah Umno apabila menyiarkan berita bertajuk 'Mustafa ceramah di Dungun, dakwa Umno terlibat'.

Menurut surat peguam yang ditujukan kepada Ketua Pengarang Harakahdaily itu, Umno mendakwa berita itu mempunyai kata-kata fitnah ke atas Umno iaitu anak guam syarikat guaman ini.



"Artikel yang bertajuk 'Mustafa ceramah di Dungun, dakwa Umno terlibat' yang dilaporkan, diterbitkan dan/atau dibenarkan penerbitannya oleh pihak tuan yang jelas mempunyai kata-kata fitnah ke atas anakguam kami bertarikh 13 April 2013 adalah seperti berikut:-


"Dungun: Ketika blogger Umno menyebarkan berita kononnya Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali meletakkan jawatan, beliau memberikan ceramah di markas PAS Kampung Molek dekat sini malam tadi.

"Dalam ceramah itu, beliau mendakwa Umno sudah terdesak sehingga sanggup memlemparkan pelbagai fitnah untuk menjatuhkan beliau dari arena politik tanah air.

"Bagi Mustafa, Umno bertanggungjawab terhadap fitnah yang dibuat ke atasnya melalui media.

"Ini adalah kebiasaan Umno, mereka sanggup guna taktik kotor dengan menyebarkan fitnah...saya adalah mangsa terbaharu fitnah Umno," katanya sebagaimana dilaporkan Bernama.

Menurut surat yang ditandatangani peguam Umno, Datuk Hafarizan Harun itu, kenyataan di atas bermaksud:-

1) Anak guam kami merancang video lucah tersebut
2) Anak guam kami kononnya dengan sengaja mahu membuat video berkaitan dengan video lucah dan lain-lain tafsiran lagi.

Sehubungan itu, peguam Umno itu berkata, anak guamnya iaitu Umno menuntut lima perkara untuk dilakukan Harakahdaily.

1) Berhenti membuat fitnah berkenaan
2) Mohon maaf
3) Menarik balik
4) Aku janji untuk tidak menyiarnya lagi
5) membayar ganti rugi kerana kerosakan reputasi.

Surat itu juga mengugut, jika tidak berbuat perkara di atas, satu perintah injunksi akan dipohon untuk menghalang penyebaran dakwaan itu.

Sehingga kini tidak diketahui adakah Bernama juga menerima surat yang sama kerana sumber berita Harakahdaily yang dipertikaikan itu dipetik dari Bernama.

Semalam Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan menafikan penglibatan Umno dengan video lucah itu yang kini memakan Umno itu.

Pelbagai kumpulan NGO dan personaliti membuat kenyataan bantahan terhadap budaya politik kotor menggunakan video lucah untuk membunuh lawan masing-masing.

Blog-blog Umno yang menyiarkan video ini tidak selari dalam menjelaskan siapakah yang menyebarkan video ini.

Sesetengah blogger mengaitkannya dengan PKR kononnya kerana marahkan dengan Datuk Mustafa Ali dalam isu kerusi manakala satu kumpulan lagi pula menyatakan ia kerja kumpulan kerajaan perpaduan atau Anwarinas dan parasit dalam PAS yang kononnya tidak senang dengan Mustafa.

Yang pasti semua laman yang menyiarkan video ini adalah laman pro umno.


PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP