Monday 8 April 2013

Umno Sukar Pertahan Gua Musang

GUA MUSANG: Ketika Umno masih lagi kelihatan lesu, Pakatan Rakyat memulakan gerak kerja pilihan raya umum ke-13 malam tadi, dengan kehadiran ribuan penduduk tempatan.

Mereka memenuhi padang Majlis Daerah Gua Musang di belakang Pasar Raya Econjaya bagi mengikuti pengumuman bekas Ketua Pemuda Umno Gua Musang, Abd Aziz Awang keluar daripada parti itu.

Lebih menarik lagi, fenomena yang jarang dilihat di tempat lain, bila mana mereka yang mengikuti ceramah terdiri daripada berbilang bangsa. Cina, India, Orang Asal dan Melayu mengikuti ceramah tersebut.

Orang Asal yang datang daripada beberapa pos termasuk Kuala Betis bagi mengikuti ceramah berkenaan, lebih-lebih lagi dengan kehadiran Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Hadir sama bekas Speaker, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, bekas Adun Pasir Pinji, Su Keong Siong, Yang Dipertua PAS Gua Musang, Abdullah Husain, Ketua Cabang PKR, Zuki Ibrahim dan pimpinan parti Pakatan Rakyat serta Presiden R, Nazri Deraman.

Tuan Guru Nik Aziz berkata, rakyat hendaklah mengundi calon yang diketengahkan Pakatan bagi memastikan sebuah kerajaan baru di Putrajaya dapat diwujudkan pada PRU13.

“Kalau tidak ada calon PAS yang bertanding hendaklah kita pilih calon PKR, dan kalau tidak ada calon PKR hendaklah kita pilih calon DAP.

“Manusia sekarang semakin cerdik kerana mereka mudah mendapat maklumat yang ada di sekeliling. Melalui maklumat itu membolehkan kita membuat pilihan yang lebih tepat dan terbaik,” katanya.

Keong Siong yang lebih dikenali sebagai Thomas Su berkata, kerajaan Kelantan mampu kekal sehingga melewati 23 tahun kerana kepimpinannya tidak mengamalkan budaya rasuah.

Sedangkan katanya, BN kelihatan kuat kerana mereka menguasai media massa yang hanya memaparkan berita-berita positif sahaja mengenai pemerintah.

Beliau yang juga anggota jawatankuasa DAP Pusat berkata, parti itu mempertahankan perlembagaan dan menghormati hak-hak keistimewaan orang Melayu.

“Kita menghormati perlembagaan Malaysia. Sebab itulah kita di Perak sering melihat yang dilakukan di Kelantan dan mencontohinya,” ujarnya.

Oleh itu beliau berharap rakyat di Gua Musang hendaklah membuat perubahan bagi memastikan kawasan tersebut bukan lagi kubu Umno.

Katanya, semua pihak hendaklah berusaha keras memastikan matlamat untuk melangkah ke Putrajaya menjadi kenyataan.

Abd Aziz pada ucapan sulung selepas muncul kali pertama di pentas PAS memberitahu beliau tidak mampu lagi bertahan dalam Umno kerana banyak masalah yang melanda parti itu.

PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP