Thursday 16 May 2013

5,623,984 Juta Rakyat Perlu Berambus Dari Malaysia

Zahid: Berhijrah jika tidak mahu terima sistem p'raya

Naib presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyeru golongan yang enggan menerima sistem pilihan raya Malaysia agar meninggalkan negara ini dan berhijrah ke negara yang menjalankan pilihan raya mengikut kaedah yang digemari.

Beliau yang baru dilantik mengetuai kementerian dalam negeri mensasarkan perkara itu kepada golongan pengikut parti politik yang berpakaian serba hitam dalam kempen bagi membantah keputusan pilihan raya umum ke-13.


“Pemimpin-pemimpin parti pembangkang khususnya PKR dan DAP telah mengelirukan anak-anak muda Cina dan para pengikut yang buta politik untuk berpakaian serba hitam sebagai tanda protes terhadap keputusan PRU-13 yang dianggap memihak kepada mereka mengikut undi popular,” katanya.

“Jika golongan ini mahu menerima pakai list system atau single transferable vote seperti mana yang digunakan oleh negara-negara republik, sepatutnya mereka berhijrah ke negara-negara berkenaan untuk mempraktikkan kepercayaan politik mereka,” katanya dalam tulisan di akhbar Utusan Malaysia.

Tambahnya, Malaysia tidak mengiktiraf undi popular tetapi majoriti mudah seperti yang diamalkan dalam sistem Westminster.

Pakatan Rakyat berjaya meraih undi popular sebanyak 51.78 peratus berbanding dengan pencapaian BN sebanyak 48.22 peratus.

Ahmad Zahid berkata golongan penyokong tersebut sepatutnya menerima sistem politik dan pembentukan kerajaan seperti diperuntukkan dalam perlembagaan, sekiranya mereka benar-benar setia kepada negara ini.

“Mereka juga hendaklah mengakui hakikat kekalahan dan penolakan rakyat se bagaimana yang terdapat dalam sistem first past the post yang terpakai buat sekian lama di negara ini.

“Perhimpunan haram yang dianjurkan secara road show hanya merupakan escapism untuk lari daripada menerima hakikat kegagalan pembangkang untuk menguasai Putrajaya,” katanya. - mkini



PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP