Wednesday 8 May 2013

80 Ribu Penuhi Stadium Kelana Jaya Sebentar Tadi

LAPORAN LANGSUNG

1040pm: Jalan keluar dari stadium, menuju ke arah Paradigm Mall sesak ketika kereta membawa Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terpaksa bergerak perlahan kerana ramai orang meminta beliau menurunkan cermin kereta untuk mereka bergambar dengannya.

Sementara itu, Khalid sambil tersenyum memenui permintaan orang ramai yang terdiri daripada mereka yang hendak beredar dan mereka yang hendak masuk ke dalam stadium.

10.39pm: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengisytiharkan bahawa rakyat Malaysia, sama ada Melayu, Cina, India, Kadazan atau Dayak, mahu pilihan raya yang bebas dan adil.

Beliau turut mengecam tajuk utama Utusan Malaysia semalam "Apa lagi Cina mahu?".

Anwar berkata, setiap rakyat Malaysia, tanpa mengira bangsa, mahu menuntut hak-hak mereka dan mereka mahu BN tumbang.

Orang ramai, yang kini telah meningkat kepada 80,000 memberi respons bersemangat, sambil menunjukkan genggaman tangan sebagai tanda sokongan.

10.26pm: Dengan tiada polis trafik polis untuk mengawal lalulintas, orang ramai bertindak sendiri untuk membantu meredakan kesesakan lalulintas.

Hampir kesemua kereta menurunkan cermin tingkat dan kebanyakannya membunyikan irama hon, dan kelihatan seperti suasana kesesakan jalan raya yan gpaling meriah di Lembah Klang.

Sepanjang lebuhraya LDP, orang masih masih menuju ke stadium dengan berjalan kaki.


PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP