Saturday, 18 May 2013

Azmin Ali Tamak Haloba..Baik Tan Sri Ibrahim Masuk PAS Sahaja

PKR sebenarnya lebih sudu daripada kuah. Dah dapat jawatan MB Selangor, mahu pula exco kanan kerajaan Selangor. Kononnya si Azmin Ali nak kontrol Khalid Ibrahim.

Mereka ingat mereka menang kerana mereka kuat. Kononnya Selangor kekal di tangan Pakatan Rakyat kerana mereka. Nehi. Tuii.

Mereka yang bertanding banyak kerusi di Selangor, tapi paling banyak kalah dalam PRU kali ini. Mereka sudah lupa. Melayu mudah lupa.


Daripada 12 kerusi yang jatuh ke tangan UMNO, 6 daripadanya adalah kerana kekalahan PKR antaranya di Dun Batang Kali, Bukit Malawati (mike pun kalah), Kuang, Dengkil, Permatang dan Kota Damansara. PKR sememangnya bukannya kuat.

Kalau di PRU 2008 dahulu, mereka mendapat 15 kerusi, sekarang merosot kepada 14 kerusi. Berbanding dengan DAP yang meningkat daripada 13 kerusi pada PRU 2008 dahulu kepada 15 kerusi kali ini, begitu juga PAS yang mendadak naik daripada 8 kerusi pada PRU 2008 kepada 15 kerusi kali ini. Jadi siapa yang kuat sebenarnya di Selangor?

Jadi geng-geng Azmin dan Zuraida janganlah sombong sangat. PAS dan DAP sememangnya menjulang tinggi semangat setiakawan dalam Pakatan Rakyat. PAS boleh je jadi MB dengan majoriti yang ada kerana nak kata tak pandai tadbir, ramai pensyarah-pensyarah dan cerdik pandai PAS di seluruh Selangor dan KL akan bantu PAS. Bahkan bekas MB Selangor, Tan Sri Muhammad Taib pun akan bantu PAS.

Bukan setakat air percuma, mungkin tol yang libatkan kerajaan Selangor akan dihapuskan atau banyak lagi alternatif lain untuk rakyat Selangor.

Tapi PAS taknak jadi tamak dan gunting dalam lipatan macam Azmin Ali dan Zuraida.

Dua cai PKR ini tiada locus standi untuk suarakan hak mereka untuk dapat jawatan itu ini di Selangor. Mereka adalah lemah dan bukannya suara majoriti. Sedarlah wahai Azmin. Anda telah gagal memimpin PKR di Selangor dalam PRU kali ini. Cerminlah muka anda dahulu. Kalau anda lebih-lebih, tak mustahil Khalid Ibrahim akan masuk PAS selepas ini. Biar berkubur PKR di Selangor angkara sikap tamak dua pemimpin tak matang ini...

Sumber


PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

1 comments:

hypro 19 May 2013 at 01:29  

PKR ITU SENDIRI ADALAH KEMBAR KEPADA UMNO...MALAH KEBANYAKAN PEMIMPINNYA BERLATARBELAKANGKAN UMNO...MAKA TIDAK HAIRANLAH SIKAP DAN PERANGAI UMNO MASIH TERBAWA-TERBAWA OLEH SEBAHAGIAN BESAR DARI MEREKA....PKR ITU SENDIRI ADALAH SEBAHAGIAN DARI MASALAH PR...MENUNTUT UNTUK BERTANDING DI KAWASAN YANG AHLINYA BOLEH DIBILANG DENGAN JARI...SEPERTI DI KEDAH DAN PERLIS SERTA MENJADI PENGACAU DI KELANTAN...TANPA SEDAR AKAN KEMAMPUAN DIRI...MERASA CUKUP HEBAT TAPI AKHIRNYA MEMBAWA MUDARAT.....PKR SEBENARNYA TELAH DITOLAK OLEH KEBANYAKAN ORANG MELAYU....HANYA GAH KERANA ADANYA ANWAR...PKR, SEDARLAH DAN BAIKI DIRI!!!!

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP