Friday, 10 May 2013

Azmin Bidas Anwar Dalam Sidang Media Khas

PETALING JAYA, 10 Mei — Timbalan Presiden PKR Azmin Ali menafikan mempunyai hasrat untuk menjadi menteri besar Selangor, sebaliknya membidas proses perlantikan jawatan tersebut tanpa merujuk kepimpinan negeri terlebih dahulu.

Azmin berkata keputusan yang dibuat oleh Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak dibuat secara konsensus, malah kepimpinan negeri sendiri tidak mengetahui tentang nama yang dicadangkan kepada Sultan Selangor yang dihantar semalam.

“Kepimpinan negeri Pakatan Rakyat Selangor yang terdiri daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ahli Parlimen (MP) sendiri tidak tahu nama yang dihantar kepada baginda Sultan,” kata Azmin dalam sidang media di ibu pejabat PKR di sini.

“Isu di sini ialah keputusan yang dibuat oleh presiden parti tidak mengikut proses yang sepatutnya menerusi konsesus daripada semua ADUN dan MP di Selangor.”

Surat perlantikan tersebut yang dihantar kepada Sultan Selangor dikatakan telah ditandatangani oleh Dr Wan Azizah.

Azmin juga menafikan khabar angin mengatakan beliau kemaruk kuasa untuk menjawat jawatan tersebut, sebaliknya berkata jika beliau mempunyai cita-cita tersebut sudah pasti telah menerima tawaran pada 2008 daripada Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya menggantikan Tan Sri Abdul Khalid.

“Kalau betul lah saya kemaruk kuasa, sejak 2008 lagi saya sudah jadi menteri besar,” terang Azmin lagi. “Selepas pilihan raya kecil di Permatang Pauh pada 2008, Datuk Seri Anwar berkata kepada saya supaya bersiap-sedia untuk menjadi MB tetapi saya tolak demi keharmonian parti.”

Azmin kata dua hari lepas, pada mesyuarat tergempar kepimpinan negeri, mereka telah hantar surat semalam kepada presiden. Tetapi beliau enggan mendedahkan nama yang dicadangkan dalam mesyuarat tergempar itu.

Pertikaian tentang siapa yang mengisi jawatan penting di negeri terkaya tersebut bukan suatu isu, tegas Azmin yang pada masa sama membidas proses tersebut tidak telus dan mencemarkan imej parti reformasi.

“Saya ingin ingin tegaskan, isunya bukan Azmin dipilih sebagai MB. Saya dan rakan-rakan tidak mahu amalan nepotisma dalam Keadilan kerana ia adalah sebuah parti reformasi,” tambahnya. “Keadilan bukan milik individu atau keluarga, tapi milik rakyat.”

Kemelut jawatan menteri besar Selangor sehingga kini masih belum selesai, walaubagaimanapun dua parti komponen Pakatan Rakyat (PR) telah menyatakan secara terbuka menyokong Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk dilantik semula untuk penggal kedua kali ini.

“PAS dan DAP mahu Tan Sri Khalid jadi MB, itu hak dan pandangan mereka. Tapi ia mestilah menerusi proses yang telus,” kata Azmin mengulas tentang kenyataan kedua-dua rakan komponen PR tersebut.

Selepas PRU13, PR berjaya berjaya membentuk kerajaan apabila menang selesa di Selangor memenangi 44 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor manakala BN hanya memenangi 12 kerusi DUN.

Daripada 44 kerusi tersebut, PAS dan DAP masing-masing berjaya menang sebanyak 15 kerusi, sementara PKR 14 kerusi.

PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

3 comments:

ras abu 10 May 2013 at 15:00  

PERINGATAN KEPADA AZMIN DAN ZURAIDA - kini bukan sahaja PKR tetapi PR (PAS dan DAP) sudha menjadi milik rakyat.

Apa-apa keputusan mesti mengambil kira pesepsi rakyat walaupun ianya kontras dengan kehendak pemimpin PKR atau PR sendiri.

Kamu orang cerdik dan pasti kamu berdua tahu sintimen rakyat yang mahukan Tan Sri Khalid meneruskan pentadbiran negeri Selangor.

Sekiranya kamu berdua atau sesiapa sahaja ADUN atau MP yang menyokong kamu menungkak kehendak rakyat dan juga rakan dalam PR - kami rakyat akan pastikan kamu disingkirkan dari PKR.

Kini dari pesepsi rakyat kamu berdua dan kuncu-kuncu kamu terlalu tamakkan jawatan dan kuasa.

ras abu 10 May 2013 at 15:03  

Kamu Azmin dan Zuraida lebih baik berambus terus dari PKR - rakyat kini memerhatikan tingkah laku kamu berdua.

Ingat - yang berkuasa keatas PKR dan PR (DAp dan PAS) adalah rakyat yang menyokong PR dalam PRU13 lepas.

Rakyat tidak mahu PR bersikap seperti UMNO-BN

Remy Masron 10 May 2013 at 15:45  

Kalau Azmin di lantik sebagai MB, jawabnya lagi banyaklah 'poltiking' akan belaku dlm kerajaan Selangor dan politik PKR pun akan berlaku banyak 'politiking' dan kronisme seperti berlaku dalam UMNO.Ini semua kita telah tonton dalam pemilihan Naib Presiden PKR, Azmin lawan Zaid Ibrahim..Akhirnya kita semua rakyat yang menyokong PKR dan PR akan terlopong ,ternganga melihat gelagat mereka berebut jawatan dalam parti.Hancus perjuangan rakyat yang kita semua laungkan.

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP