Wednesday 1 May 2013

Bekas ahli Umno tolak seruan jihad Muhyiddin

KOTA BHARU: Ketika Tan Sri Muhyiddin Yassin mengajak rakyat Kelantan supaya berjihad dengan menolak PAS, sebaliknya semakin ramai ahli dan penyokong Umno meninggalkan parti itu.

Minggu lepas seramai 35 ahli dan penyokong Umno di Kampung Bunut Payong menyertai PAS dengan diketuai Mohd Daud.

Mereka mengikut jejak langkah bekas orang kuat Ketua Umno Bahagian, Datuk Fatmi Che Salleh, iaitu Abdul Kadir Che Musa meninggalkan Umno lebih awal.


Manakala di Gua Musang seramai 65 ahli dan penyokong Umno termasuk anggota jawatankuasa Umno Gua Musang, Abdul Karim Mat Diah dan beberapa Exco Pemuda Umno Gua Musang juga mengambil langkah serupa.

Mereka menyerah borang menyertai PAS kepada calon parlimen Gua Musang, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah pada program ceramah di Pejabat PAS Gua Musang malam kelmarin.

Dan hari ini pula seramai 10 lagi ahli dan penyokong Umno yang diketuai Ketua Cawangan di Limau Kasturi turut meninggalkan parti itu.

Timbalan Perdana Menteri ketika merasmikan jambatan tambahan di Kampung Manek Urai, Kuala Krai hari ini menganggap jihad apabila rakyat Kelantan menolak PAS.

Sementara itu di Pasir Mas malam tadi bekas Ketua Inspektor Polis, Datin Hasnita Hassan bersama 25 rakan dan kenalannya menyertai PAS pada program ceramah di Kampung Paloh, Dun Tendong.

Hasnita menyerah borang kepada Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Hadir sama calon parlimen Pasir Mas, Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz, calon Dun Tendong, Rozi Muhamad dan Ketua Penerangan Pemuda PAS Kelatan, Ahmad Fadhli Saari.

Hadir sama suami Hasnita, Datuk Roshaimi Abdul Razak, mertuanya, Abdul Razak Abas. Orang ramai penuh sesak memenuhi halaman bangunan Pasti.

Beliau yang bersara pada pilihan pada Febuari lalu, berasal dari Johor berpindah ke Kelantan pada 1994 kerana bertugas sebagai pegawai polis di negeri ini.

“Inilah yang dikatakan penghijrahan, bila kita ingin berubah dengan berteras kepada keikhlasan. Saya ingin mendapat pahala dan memohon mendapat rahmat Allah SWT.

“Saya dan rakan-rakan secara peribadi berbangga kerana menjadi ahli PAS. Saya berjanji berjuang untuk bersama-sama memastikan kejayaan PAS sehingga ke penghujung nyawa,” katanya ketika berucap pada majlis tersebut.


PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP